hai assalammualaikum

Lotion Anti Ruam daripada Cosmoderm - Jerebu, jerebu, jerebu..memang tak bagus untuk kesihatan kan..dengan asap dia yang membuatkan cuaca makin panas dan bahang. Lagi tak elok untuk ibu mengandung macam nad ni. Nak duduk rumah je boring, kene keluar gak pergi event sebab dah kerja sebagai blogger. Bila dah terkena jerebu, mulalah tak senang duduk, mana taknya, bernafas pun susah..cuaca panas. Dahla ibu mengandung ni mudah panas.

Bila dah panas mulala tergaru-garu sana sini. Nad ni dahla tangan jenis suka menggaru sampai puas, tengok-tengok je dah melecet..hahaah..Bila mengandung ni lagila takyah cakap, semuanya tak kena bila panas. Lagi-lagi bahagian celah peha, belakang lutut dan lagi utama antara breast dan perut..yela bila perut dah membesar mesti terlipat. Jadi dekat situ tempat selalu berpeluh. Pastu mulala naik ruam. Sekarang badan dah mula merah-merah dah..sobsosbosb..ni jerebu punya pasal la..

Punyalah cari penyelesaian, pakai ubat gatal tapi tak berfungsi, pastu dapat pulak lotion anti ruam masa dekat hari keluarga KBBA iaitu Tea Tree Oil Lotion Talc Cosmoderm. Nad cuba pakai. Wah!!!! macam tak caya je, ruam sedikit demi sedikit hilang. Rasa gatal dah berkurangan dan sangat selesa sangat. Setiap kali mandi, nad akan sapu lotion Tea Tree Oil Lotion Talc ni. Rasa dia berangin dan segar.

Tea Tree Oil Lotion Talc ni sesuai untuk baby, kanak-kanak dan orang dewasa. Formulasi bedak dalam bentuk losyen yang dapat melindungi, melembapkan kulit sensitif dan terengsa. Sesuai untuk melegakan ruam panas untuk bayi, meredakan demam campak serta eczema dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa. Selamat digunakan pada wajah dan badan.

Cara penggunaan:
sapukan ke atas kulit, terutamanya di bahagian-bahagian yang lembap, ketiak pangkal peha dan leher.

Harga takde mahal mana pun..murah je..RM13.90 untuk pek 125ml.. boleh beli secara online di www.cosmoderm.com.my..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours

  1. losyen ni memang bagus, ash serasi sangat pakai losyen ni...

    ReplyDelete