hai assalammualaikum

Pencuci Terbaru Safi : Safi Fruty Fresh - Penjagaan wajah seawal peringkat remaja penting kerana kulit remaja lebih cenderung untuk menjadi kusam dan berminyak. Pori akan mudah tersumbat dengan habuk dan kotoran menjadikan jerawat mudah timbul dan menjadikan kulit kasar. Membersih muka secara berkala dapat mengurangkan habuk dan kotoran daripada tersumbat ke dalam liang pori wajah? Namun, membilas wajah dengan air sahaja tidak mencukupi! 


Kini, SAFI jenama Halal No.1 Malaysia memimpin gadis menyusuri fasa perubahan diri agar kulit wajah kelihatan segar dan bermaya sepanjang hari dengan SAFI Fruity Fresh. Safi Fruity Fresh merupakan pencuci terbaru yang dikeluarkan Safi..Berwarna warni you alls..

Diperkaya dengan 100% buah-buahan SAFI Fruity Fresh sesuai untuk setiap jenis kulit wajah. Mulakan pagi anda dengan gel pembersih muka SAFI Fruity Fresh. Dengan gabungan gel dan “Micro Beads”, ia mudah meresap ke dalam pori wajah agar dapat memberi penjagaan lengkap kepada si gadis. Formulasi khas ini senang dibilas, membersih dengan mendalam, menyegarkan kulit serta menjadikan kulit lembut dan bebas minyak sepanjang hari. Dengan tiga variasi berbeza Safi Fruity Fresh, ia memberikan anda aroma kemanisan buah-buahan agar kekal segar dan berseri.

Nikmati Kesegaran Berpanjangan Dengan 100% Buah-Buahan Aktif!


Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Lemon (Mencerah)   
100ml: RM9.90 & 50ml: RM5.00 

Inilah rahsia cerah berseri! Dengan manfaat sari lemon, pembersih ini mampu membersihkan kotoran secara mendalam, membuatkan kulit semakin segar dan cerah alami. Rasakan kecerahan kulit jelas terpancar!

Reka bentuk produk yang unik dan trendy, serta rona yang ceria ini amat selari dengan jiwa gadis muda yang sentiasa aktif, bergaya dan berkeyakinan. Untuk si gadis yang aktif, variasi SAFI Fruity Fresh Lemon yang berwarna kuning ini pasti menambah keceriaan anda sepanjang hari. Warnanya yang terang memberikan pesona inspirasi dan semangat agar tampil cerah dan yakin di mana sahaja.



 Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Strawberi (Bebas Minyak)
100ml: RM9.90 & 50ml: RM5.00 

Tampil yakin dengan kulit bebas minyak. Khasiat kandungan Strawberi yang aktif ini mampu mengurangkan minyak pada kulit wajah. Terkenal sebagai ajen pengurangan minyak secara semulajadi, buahan Strawberi yang manis ini pasti menjadikan anda ceria berseri. Kini kulitmu bebas minyak dan lembut umpama sutera!

Bagi si manis yang gemarkan personaliti lembut dan ayu, variasi SAFI Fruity Fresh Strawberi yang berwarna merah jambu ini amat sesuai dijadikan teman di sisi. Warna kegemaran majoriti gadis ini menyerlahkan sifat mesra dan ayu agar selesa bergaul bersama rakan sebaya.


 Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Anggur (Menyegarkan & Skrub) 
100ml: RM9.90 & 50ml: RM5.00 

Jangan biarkan kulit anda lesu dan kusam! Dapatkan kebaikan anggur yang mampu menanggalkan kulit mati dengan mendalam. Tekstur gel yang sesuai untuk kulit gadis muda ini juga mampu menyamaratakan tona wajah agar tampil sekata. Nikmati kesegaran wajah dengan kulit yang bersih sepanjang hari!


Kadangkala, gaya tidak semestinya berlebihan. Variasi SAFI Fruity Fresh Anggur yang berwarna hijau ini amat sesuai dengan personaliti gadis yang ringkas dan “down to earth”. Rona yang tenang dan mendamaikan ini menjadikan seorang gadis mudah didekati memandangkan si dia sentiasa tampil yakin bersahaja.

Produk SAFI Fruity Fresh ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Bersama kita nikmati khasiat buah-buahan untuk tampil segar dan manis sepanjang hari. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI FRUITY FRESH sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMALAYSIA, laman instagram SAFI @safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia. 
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. macam best jer nih.... macam nak cuba jer...

    ReplyDelete
  2. Menarik ni. Nak cari lah nanti :D

    ReplyDelete
  3. sebagai pengguna setia safi, saya nak cari ! angkut satuuu

    ReplyDelete
  4. uish! sekali pandang mcm utk sabun badan plak

    ReplyDelete
  5. Tengah google pasal safi fruity fresh. Nak baca review dulu baru beli. hehehe Jumpa blog awak.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..Nak tanye..Dah lama ke guna safi fruity fresh Ni? Okay je la bila guna? Takda masalah lain?

    ReplyDelete