hai assalammualaikum

Dapat Makan Mee Ketam Yang Diidamkan - Penah sebelum ni, nad buat entry pasal mee ketam. Dah banyak kali datang mee ketam kl dekat keramat tu, asyik tutup je. Penah antar massage dekat facebook mee ketam kl, tanya kenapa tutup dekat keramat tu. Dan jawapannya ada dekat SINI. Akhirnya, haritu dapat jugak rasa mee ketam kl ni dekat Shah Alam. Sebab nad terfikir dia ada cawangan dia dekat Shah Alam.


Tempatnya di Shah Alam seksyen 7. Waze je, insyallah jumpa. Tu pun  mr mafia yang cari..hahaha..Sampai je sana, tak sabar nak makan mee ketam ni. Walaupun dia hanya mee kari dengan letak ketam je, tapi kalau dah ngidam, mee ketam tu nampak macam sesuatu yang special..huhuhu..

Mr mafia order mee ketam nipah untuk isterinya. Biar mahal ketam tu asalkan isterinya puas..hahaha..yela, isteri bukan makan sendiri, makan berdua. Sebelum tu kene pilih ketam dan nak ditimbang. Baru tau harga dia berapa.

Sambil menunggu, dia berborak dengan pekerja situ. Mr mafia tanya kenapa mee ketam kl tutup dekat keramat tu. Rupanya kat keramat tu tutup terus..cisss..bukan dia nak tulis dekat situ. Katanya tak dapat sambutan..aikk yeke..tengok facebook ramai orang datang..ke sebab harga ketam mahal..tak mampu nak biaya ketam tu..entahla kann..


Sampai je mee ketam, baca bismillah terus makan. Fuh memang marbelous. Cuba bayangkan ngidam sebelum ngandung lagi. Bila dah dapat memang tak pandang kiri kanan la..mula-mula makan kari dulu, ketam kasi lastla makan. Ketam nipah ni memang banyak isinya, manis pun manis..setiap isi dekat ketam memang takkan ditinggalkan..hahaha..yang penting timggalkan tulang..hehehe..



Mr mafia pulak makan mee udang. Udang galah ooo..besar kau..tapi dapat dua je. Dengan baik hati satu dia bagi nad..kihkihkih..thank you sayang..memang kenyang...

Tak dapat amik gambar kedai sebab tengah khusyuk makan..dah makan memang lalai terus..hahaha..jadi amik gambar mee ketam ni jele..kalau nak pergi boleh ke MEE KETAM KL SHAH ALAM SEKSYEN 7..WAZE JANGAN TAK WAZE..

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

13 comments so far,Add yours

  1. gambar angkat mee yang paling tak tahan..petang esok nak buat la..kat sini petang jumaat ada orang jual ketam ..hehhe.nak ke restoran tu memang tak dapat le..jauh benau...

    ReplyDelete
  2. besor betol ketamnya. memang puas hati gini

    ReplyDelete
  3. waww! menarik tengok mee ketam tuhh.. meleleh ayaq liuqq....

    nanti ajak husband mai berpicnic dekat foodgasm fest yea ;)

    http://shoyumilks.blogspot.my/2015/10/mari-ke-foodgasm-fest.html

    ReplyDelete
  4. ish2.. "ada mee disebalik ketam" ni..

    ReplyDelete
  5. memang nmpk sdp mee ketam tu....tetiba rasa mengidam jugak..hahah

    ReplyDelete
  6. Oh myyy!!! Terliurnya tengok ketam selonggok tu. Huaaaaa

    ReplyDelete
  7. wahhh sedapnye ketam tu...

    glupppp terliur tengok

    ReplyDelete
  8. Asalam..wah sedap makan bersama suami ..semoga melahir dengan sempurna ya..kena banyak zikir kat Allah time mengandung ni...jaga kesihatan ya

    ReplyDelete
  9. dulu pernah ke sini, tp mngecewakan

    ReplyDelete