hai assalammualaikum


2015 Bakal Melabuhkan Tirainya - Sudah penghujung 2015, sekejapnya dah setahun. Masa berlalu begitu pantas. Semakin sekejap masa, semakin meningkat umur..huhuhu..rasa nak patah balik je waktu jadi kanak-kanak lagi..hahhaa..biasalah kan, kitaran hidup, kalau masa belajar nak kerja, masa kerja nak belajar. Lupakan yang dulu teruskan kehidupan.

Sebut pasal 2015, banyak kenangan manis dan pahit. Manis jela nad cerita, pahit toksahla..biar daku ke yang tau..hehehe..manisnya 2015 bila disahkan mengandung, dan selamat melahirkan baby comel di dunia..macam tak sangka dah jadi mommy ni. Badan dahla kecik, comel lagi tu..haha..setelah setahun perkahwinan, ada juga zuriat terindah dalam keluarga nad..alhamdulillah.

Kenangan manis sebagai blogger. Banyak aktiviti nad join. Dan rezeki sebagai blogger bila dapat job dan mereka percaya dengan blog ceriterasigadisbiru ni. Bertahun berusaha menaikkan nama blog, akhirnya orang kenal. Tak lupa juga mereka yang beri job kepada nad. Lepas ni akan terus majukan blog walaupun dah jadi mommy ni..kuat22..

Banyak yang dicapai 2015 ni, tapi belum sepenuhnya. Akan terus berusaha masuk 2016 nanti..oo yeahhh..

Selamat tahun baru korang..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours