hai assalammualaikum

Makanan Untuk Orang Berpantang - Bab berpantang la paling lemah..yela kite ni dahla kaki bedal semua makanan..hhaha..bila dah kene berpantang, fuh tercabar iman ni. Time tengah berpantang la mak masak yang sedap-sedap.

Kenapa perlu berpantang??
Berpantang ni perlu selepas mengandung dan seterusnya bersalin. Oleh itu, badan kita ni perlu diperbetul, dijaga dan dicegah sama ada luaran atau dalaman supaya tubuh kembali seperti sediakala.

Berpantang perlu untuk pemulihan disebabkan
- kehilangan darah semasa bersalin
- pengecutan rahim
- keseimbangan hormon
- ketegangan urat saraf
- kehilangan tenaga

Nad baru tau lama jugak tempoh berpantang ni..hahaha..ingat bila baby dah sebulan boleh dah makan apa sahaja..huhuhu..rupanya berpantang ni berbulan-bulan kau..meh tengokntempoh berpantang

Jadi, untuk kembali cergas, sihat dan bertenaga, pemakanan yang betul perlu dititikberatkan. Pantang larang makanan selepas bersalin perlu diamalkan, jangan main bedal je..nanti bentan pulak..dah satu hal. 


Meh tengok jenis makanan dan minuman orang berpantang. Terima kasih kakak senior bagi gambar ni. Sekurangnya bila nad tinggal kl nanti taula nak masak ape. YANG PENTING AIS TAK BOLEH MINUM UNTUK SELAMANYA..

Yela dekat kl takde siapa nak jaga dah..kene jaga diri sendiri. Kalau rasa nak bedal semua makanan, mengandung la lagi..hahaha..




Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. Kebetulan tengah berpantang sekarang... tapi makanan mentua yang masak..:)

    ReplyDelete
  2. Pantang betul-betul masa muda ni untuk hari tua akan datang..

    ReplyDelete
  3. Itulah pengorbanan seorang ibu.Banyak pantangnya..

    Dulu masa gugur,saya pantang 100 hari..

    Tapi tktau pulak kena pantang aircond jugak masak tu.

    Lepasni kena beringat.

    ReplyDelete
  4. lama kan nak pantang..tp saya langgar pantang dah..huhu..habislah..

    ReplyDelete