hai assalammualaikum

Tamar Koko Pengganti Milo - Kalau dulu kecik-kecik, milo la paling digemari. Kalau boleh setiap hari milo sebab manis dan sedap. Kalau pergi kedai makan, mesti minuman order milo. Tak pun makan milo macam tu je..hahaha.. Tapi semenjak nad belajar universiti, tiba-tiba tekak dan perut dah tak boleh terima milo ni. Kalau minum je, mesti masuk angin dan muntah. Tak pasti kenapa. Sejak tu dah berenti minum milo. Membazir kalau beli lepas tu muntah..


Kadang-kadang tekak ni nak jugak minum- minuman yang bercoklat. Nasib ada Tamar Koko ni. Yang kenalkan nad dengan tamar koko ni makcik nad. Mulanya taknak rasa sebab takut termuntah jugak, tapi lepas nad rasa, ok je, takde pulak tekak loya ni..yeahhh..rasa tamar koko ni pun takdela manis sangat, manis gitu-gitu je. Dah tak payah bubuh gula sebab dah manis.

Air ni adalah campuran tamar dan koko. Tamar kan amalan sunnah nabi, jadi air ni memang bagus untuk kesihatan. Semua peringkat umur boleh minum. Nad minum masa akhir-akhir mengandung sampaila selepas mengandung sebab air tamar cocoa ni bagus untuk ibu hamil sebab boleh hasilkan milkbooster.



Khasiat Kurma Dan Koko

– Kurma dengan Zat besi sangat sesuai bagi orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah). Malah wanita yang mengalami haid yang terlalu banyak setiap bulan juga memerlukan zat besi.

– Kandungan salasilat (sejenis zat yang menyerupai aspirin) dalam kurma boleh bertindak seperti ubat kerana ia mampu mencegah pembekuan darah dan juga bertindak sebagai anti keradangandan menurunkan tekanan darah.

– Kaya dengan khasiat protin serat, glukosa, vitamin A&C, sodium serta potassium.

– Kurma membantu proses pembesaran, merangsang minda kanak-kanak serta perkembangan otak bayi.

– Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat.

– Kesan Antioksida adalah diperolehi daripada kandungan polyphenois yang tinggi seperti flavanoids.

– Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan.

– koko melambatkan proses penuaan.

Nad minum setiap pagi dan malam. Ni dah kali ketiga nad beli. Mula-mula beli yang paket, tengok macam membazir je, jadi nad tukar yang bukan paket. Jimat sikit..hehe.tamar cocoa ni dah femes dan ramai orang jual. Cubala ye..terbaikkk..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. wah baru!?!??!?!
    thanks kak nnt boleh la nak cuba huhu

    ReplyDelete
  2. husna kalau nak minum milo mesti kat rumah je sebab kalau kat kedai tak semestinya diorang guna milo.. huhuhu.. then balik bancuh sendiri sedapp.. letak milo bebanyak pastu susu sikit je hujung sudu.. sedap dah..

    tamar cocoa ni inshaAllah boleh cuba nanti..:)

    ReplyDelete
  3. laa.. yang ni lah yang mak mertua muja guna kot.. dia cakap nak ganti milo. boleh suggest kat umi pasni la sebab rumah muja lama dah boikot nestle. dulu wajib ada milo kat rumah. huhuu

    ReplyDelete
  4. tamar koko lebih baik dari milo..sebab milo kalau minum sembelit..ehhe

    ReplyDelete
  5. dah lama x mnm milo sbb kalau mnm milo susuh benor nk mmbuang..
    mnm koko gak.. hihihi lg sedap kot..

    ReplyDelete