hai assalammualaikum

Batook Ori Hilangkan kahak dan Selsema - Ni sebenarnya kisah semasa baby fariza selepas sebulan..huhu..baru nak cerita..almaklumla kerja mommy dah bertambah sejak ade baby fariza ni. Alkisahnya bila baby fariza ni selsema dan ada kahak. Tapi masa dia tido, alhamdulillah dia tidur lena, cuma kadang-kadang dia gosok-gosok hidung dia, sebab tak selesa. Dan lagi merisaukan bila time tido tu bunyi " krooh22 "..nad tengok pun alahai kesiannya. Kita kalau selsema pun tak selesa nak bernafas dan tido, inikan baby.

Sumber google

Mulanya fikir, nak pergi bawak baby fariza ke klinik, tapi nad takut kalau disedut dengan salur kecik tu. Tak sanggup nad bila baby sekecik fariza dibuat macam tu. Sebab nad ada terbaca dekat blog orang lain anaknya disedut dengan paip tu. Tengok budak tu menangis..uuu..tak sanggup. Sedutan tu dipanggil suction tak silap. Dibuat untuk buang hingus dan kahak. Memang baik untuk budak tapi kesian bila tengok..huhu..

Nad penah sedut guna mulut, orang kata jijik, tapi demi anak, nak baikkan anak semua tu tolak tepi. Ala lagipun dia kecik lagi, pe nak heran, pe nak jijik. Yup nad sedut tapi keluar sikit je..huhuhu..maknanya nad tak pandai sedut la tu..hahaha..lagipun baby fariza ni hingusnya tak keluar..tu yang pelik.


Lepas tu fikir nak beli penyedut hingus ni. Tapi kakak pesan tak payah beli sebab dia dengar baby tak elok disedut-sedut. Kakak nad kerja sebagai nurse, dia kata pun tak payah bawak baby fariza pergi klinik. Dia cakap, pakai vicks, sapu dekat perut, dada, tapak kaki, belakang badan dan ubun-ubun.. lepasbtu biarkan bersin. Nad tengok macam tak menjadi je, selsema dan kahak fariza masih ada.


Jadi nad mintak pendapat blogger kak farah. Kak farah cadangkan pakai batook ori. Dalam hati aku " yela, asal tak terfikir ". Batook ori yang sebelum ni abang ben ashaari penah promote dekat blog dia. Lepas tu nad terus terjah blog abg ben, tengok page facebook batook ori sebab nak beli. Nasib baik ade agen dia dekat meru ni, lagi dekat. Sebab nad masih dekat rumah mak lagi berpantang.

Dah dapat je, petang tu , lepas mandikan baby fariza terus nad pakaikan batook ori. Batook ori ni rasanya tak berapa panas, dia berangin tapi takut baby fariza tak tahan kan, abang ben ajar, sapu dekat tangan kita dulu, baru usap dekat baby. Setiap hari nad guna batook ori ni dan sapu dekat perut, dada, leher sikit, betis, tapak kaki, belakang badan dan ubun-ubun. Dan alhamdulillah, lama-lama selsema dan kahak baby fariza hilang. Syukur sangat..

Sambil-sambil tu nad ada buat teknik tepukan. Nad baca dekat google, jadi nad amalkan. Kakak pun suruh buat..yang tu nad buat entry lain ok..


Baby fariza tidur pun nyenyak. Sampai sekarang nad masih pakaikan batook ori ni dekat baby fariza sebagai minyak telon.


Batook ori untuk disapu sahaja bukan diminum..kalau korang minum tak tau apa jadi, nad tak bertanggungjawab..hehhe..Batook ori boleh membantu korang semasa
1) batuk - sapu pada kerongkong dan dada
2) penat - sapu bahagian dada
3) sakit/ pedih ulu hati - sapu bahgaian ulu hati
4) kembung, angin, sakit perut - sapu bahagian perut
5) pening - sapu bahagian tepi dahi
6) selsema - sapu bahagian hidung
7) sakit gigi - sapu di tempat yang sakit dengan menggunakan kapas
8) boleh digunakan sebagai minyak telon bayi ( 2 hingga 3 bulan ke atas)

Kalau korang nak cuba boleh pergi ke facebook page batook ori. 

SHARE 3 comments

Add your comment

  1. sama dengan anak akak la..umur sebulan dah dapat batuk.tak pernah bawak sedut ke apa..memang sedut guna mulut sendiri je..buat hari2 lama2 dia ok..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah la dah elok... Nanti boleh sarankan anak2 buat ena pakai nanti

    ReplyDelete
  3. berapa harga batook ori tu Nad ..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2