hai assalammualaikum


Anugerah Meletop Era 2016 Hambar - Punyala excited nak tengok Anugerah Meletop Era 2016 malam tadi sebab tengok iklan promotenya macam best siap ada lara alana lagi..tapi rupanya tak meletop macam tahun lepas. Macam kucar kacir je malam AME2016 malam tadi.huhuhhu

Opening untuk Anugerah Meletop Era 2016 mulanya nampak gempak..excited je ni..lama-lama..ermmm..gitu-gitu jela..sound pun macam problem je. Mula-mula opening lagu Polis Evo. Nad dah tau dah tu Shaheizy Sam dari mata dia..hahaha..sekali betul..Pengacara masih sama iaitu Nabil, Nealofa dan Dato Ac.. tapi ditambah satu pengacara baru iaitu Jihan. Kalau tahun lepas kumpulan Jozan, memang tak kering gusi gelak..tapi bila jihan jadi pengacara, apa yang disampaikan macam tak sampai..nak gelak pun tak jadi gelak..hahaha..adehlaa..

Malam tu, semua persembahan kebanyakan daripada penyanyi baru. Lagu semua lagu yang terkini. Lagu sedap tapi entahla..macam tu je..masa ucapan nak penyampaian kategori pun macam blur je diaorang. Agaknya baru dapat skrip waktu tu. Jadi nak cakap macam mana pun tak tau. 

Sebenarnya nad tunggu Lara Alana si comel kiut tu..nak tengok apa dia nak buat..tapi sedihnya, malam tu Lara dah mengantuk..lorr.kalau tak boleh tengok dia berjalan atas stage tu..dengar suara dia..ermm..ingat dia nak buat apa..rupanya sampaikan kategori anugerah couple meletop..sebab tahun lepas Awal dengan Scha dapat anugerah tu..

kesiannya lagi time Mira Filzah diumukan sebagai pemenang artis baru, masa dia nak bagi ucapan dah kuar suara robot..alahai..kesian dia..manalah dia tau kene cakap 5 patah perkataan je..


Juara top meletop sama seperti tahun lepas..Johan dan Adya Jebat...Johan merangkul anugerah utama Top Top MeleTOP lelaki di samping membawa pulang anugerah bagi Artis Lawak MeleTOP dan Couple MeleTOP bersama isterinya, Ozlyn. Rancangan radionya, JoHaRa Pagi ERA pula memenangi kategori Program Radio MeleTOP.
Anugerah Top Top Meletop Wanita dimenangi Ayda yang juga mengungguli kategori Pelakon MeleTOP dan Penyanyi MeleTOP. Drama lakonannya, M.A.ID. pula memenangi anugerah Drama MeleTOP.

Anugerah Meletop Era 2016 ditaja oleh Aurawhite.." shake..shake..u alls".. bershake-shake bila kamera tuju dekat pengasasnya..hahaha..Anugerah Meletop Era 2016 diadakan di Pusat Konvesyen CIDB kuala lumpur.

Senarai penuh pemenang AME2016

Bintang Filem MeleTOP - Zizan Razak

Filem MeleTOP - Polis Evo

Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Zaman MeleTOP - Zulkarnain Hassan 

Artis Lawak MeleTOP - Johan

Pelakon MeleTOP - Ayda Jebat

Drama MeleTOP - M.A.I.D.

Hos MeleTOP - Dato' AC Mizal

Program MeleTOP - Gegar Vaganza 2015

Lagu MeleTOP - Siapa Diriku

Penyanyi MeleTOP - Ayda Jebat

Grup/Duo MeleTOP - Akim & The Majistret
Program Radio MeleTOP - JoHaRa Pagi ERA

Penyampai Radio MeleTOP - Johan

Couple MeleTOP - Johan & Ozlyn

Bintang Online MeleTOP - Dato' Siti Nurhaliza

Artis Baharu MeleTOP - Mira Filzah
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. nasib xtgk mlm td..umah sewa xde astro..:)

    ReplyDelete
  2. kita tengok. Errm, mcm tak berapa nak best je Ayda Jebat bolot semua. Haha, sbb kita tak berapa nk minat dia.

    ReplyDelete