hai assalammualaikum

Resipi Mudah Ayam Masak Sos Tiram - Sejak dah ada anak ni, nak masak semua kene cepat. Kalau lambat, anak bangun..dah satu hal..kene layan anak dulu..masak lambat..kalau masak lambat, nad lapar pulak..yela susukan baby fariza. Mau tak menggigil. Lagi satu kalau tak makan, mana nak datangnya susu. Jadi setiap hari nad akan masak benda mudah, ringkas dan cepat..hehehe..


Harini nad masak ayam masak sos tiram. Bahan-bahannya mudah sangat.
1) Ayam semestinya..macam nad 3 ketul cukup..
2) Bawang merah
3) Bawang putih
4) Halia
5) Sos tiram
6) Sos kicap kipas udang warna merah
7) Cili merah
8) Garam


Cara memasaknya
1) Tumis bawang merah, bawang putih dan haliaa sehingga naik bau.
2) Dah bau sedap, masukkan sos tiram dan sos kicap.
3) Dah tu masukkan garam dan penambah perisa secukup rasa.
4) Masukkan ayam..gaul-gaul kan
5) Masukkan air sedikit
6) Sesudah air kurang, masukkan cili merah. Adela warna sikit..hehe..
7) Dah rasa kuah pekat..cukup semua, apa lagi angkat dan hidang..hehe..

Nyum-nyum..selamat menjamu selera.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours