hai assalammualaikum

Tips Cara Sejukkan Rumah - Sekarang musim panas lain macam. Bahangnya lain macam. Malam-malam pun boleh panas. Lagila rumah nad depan dah jalan raya. Pokok pun cuma ada pokok bunga..alahaii..paham-paham jela kuala lumpur ni..

Bila El Nino menyerang..lagilaa panas. Dah pasang kipas pun masih terasa bahangnya. Nak pasang aircond, tak mampu,..lagi pikir bil elektrik akan naik. Jadi cubala alternatif yang jimat dan tak memerlukan belanja yang besar..huhuhu..


Nad selalu guna salah satu cara ni untuk sejukkan rumah. Caranya ialah letak besen yang berisi air di depan kipas. Kalau kita pergi bilik air, terasa sejukkan, kenapa?? Sebab dalam bilik air kan ada bekas air, bila ada besen air, bilik mandi tu bertambah sejuk aebab wap-wap panas akan terserap ke dalam air. Macam tu la bila letak dekat ruang tamu. Wap-wap panas di ruang tamu akan terserap.Nad akan letak depan kipas, sambil terkena dekat angin kipas lagi sejuk..heheheh..

Cara kedua, letak ais ketul dalam besen. Buat macam letak air dalam besen tu. Letak ais dalam besen , pastu letak bawah kipas atau depan kipas kalau kipas jenis berdiri. Nanti jadi macam aircond, sejuk dan nyaman je rasa. Tak perlu beli ais, buat sendiri je ais tu..kan senang.


Satu lagi yang nad baru tau, pokok ekor kucing boleh sejukkan rumah. Wah macam tak caya je. 

Cara lain yang korang boleh guna
- Halakan kipas ke tingkap
- Buka tingkap pada waktu malam. Tapi perlu pasang jaring kelambu bagi mengelak serangga masuk.
- Gunakan papan fiber simen untuk siling rumah.

Buat mana yang korang rasa senang. Cuaca panas ni jangan terlalu lama dekat cahaya matahari .Kang dapat penyakit nanti. Jaga kesihatan ok..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

6 comments so far,Add yours

  1. tq nad for the tips.. memang panas sangat.. bangun tido kalau x peluh memang x sah..

    ReplyDelete
  2. Lama tam tengok bunga ekor kucing ni... Jarang jumpa tumbuh meliar .. Dulu selalu petik.. Dan lagi teruja baru tahu boleh sejukkan rumah... Thanks kak share

    ReplyDelete
  3. Saya pun selalu buat gitu... letak air dalam besen, dan ltk setiap penjuru bilik... sejuk je rasa.. tak perlu aircond.. jimat letrik... hehe

    ReplyDelete
  4. pokok tu dulu kat kampung ada la..sekarang mana nak cari...

    ReplyDelete
  5. Wahhhh, thanks for the tips, nanti nak try la. lagi2 kalau tidur malam. Sekarang panas tak menentu. huhuhu

    ReplyDelete