hai assalammualaikum


Anak Dah Macam Magnet - Dasyat baby ni kan. Boleh bau maknya dari jauh. Ingat lagi masa berpantang, waktu tu fariza dah tido nyenyak, nad pun bangun la nak pergi tandas, terus dia tergerak-gerak macam nak bangun, bila kita duduk balik, dia elok senyap balik dan tidur..eheh..ngengada sangat ni..kadang sampai tak mandi dari pagi sampainke petang..adududu..

Bila suruh mak nad jaga kejap, dienjut dia tido, tapi bila nad dah habis mandi atau dah habis makan, secara automatiknya dia yang tengah tidur boleh bangun. Adududu..memang tak bagi mommynya rehat. Nak beri perhatian dia 24 jam.


Tapi makin besar, mungkin takde semua tu dah. Dah perangai lain pulak. Makin besar anak, makin rindu dia masa kecil. Tengok anak membesar sendiri depan mata, jaga sendiri depan mata adalah satu moment yang indah. Tengok macam-macam gelagat dia.

Makin mengada-ngada..hehhe..bila dia dah besar, takde semua ni dah..baik main ngan dia puas-puas..hehe..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. mmg cmtu la baby...saje nk bg mak nye penat..hehehe

    ReplyDelete
  2. hehe seme bb mcm tu kan..dia nak rasa hangat ibu dia tu bru selesa nk tdo lena hehe

    ReplyDelete
  3. betul tu, masa ni kena main dengan dia puas2...IQ pun da rindu Qa'id masa dia baru lahir dulu

    ReplyDelete
  4. budak tecik mmg macm tu mcm magnet melekat

    ReplyDelete
  5. Kadang rasa susah juga sampai nak gi toilet pun susah,nak tinggal solat jap pun susah.tapi alhamdulillah...terasa diri disayangi.seronok sangat.

    ReplyDelete