hai assalammualaikum


Bento : Bekalan Makanan Menjadi Menarik - Nad tau pasal bento ni pun masa tengok majalah 3. Comelnya bento orang tu buat. Ada macam-macam rupa. Nak makan pun sayang je rasa. Tak tau pun ape tu bento sebenarnya, tapi tengok orang post berupa bekalan makanan.

Lepas google, ok paham ape itu bento??
 Bentō (弁当 atau べんとう?) atau o-bentō adalah istilah bahasa Jepun untuk makanan bekal berupa nasi dan lauk-pauk dalam bungkusan praktikal yang boleh dibawa dan dimakan di tempat lain.Bento dibeli atau disiapkan sendiri di rumah. Ciri khas bentō adalah susunan jenis lauk dan warna agar sedap dipandang serta mengundang selera "

Sangat kreatifla orang yang membuatnya. Bagusnya bento ni, galakkan bawak bekalan, jadi jimatla duit takda beli makanan dekat luar..heehe..lagi best kalau ada anak kecil. Boleh sekali buat bento ni dengan diaorang.



Barang-barang nak buat bentuk pun dah ada dijual untuk memudahkan kita. Tak silap ada jual dekat daiso. Hah, makin kreatifla kalau dah ada barang-barang ni. Takdela pening-pening nak buat bentuk ape pun.

Nad dah bayangkan fariza dah besar, tak sabar nak main masak-masak bersama..hehhe. Buat bento dengan fariza. Sekarang nad nak masak pun tak best sebab takde geng. Jenis mr mafia pulak memilih makanan..hahaha..tu yang susah tu. Jadi bila anak dara dah besar, bolehla berkongsi minat yang sama..itu pun kalau dia minat..hehehe..


Kalau korang rasa nak buat..youtube je, macam-macam rupa ada. Gambar binatang, kartoon, apa-apa jela. Nak makan pun sayang..hehe.. 

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. Memang sangat kreatif. Tapi bila makanan comel sgt rasa cam sayang nak makan. hehe. tak smpai hati .

    ReplyDelete
  2. comel dan sangat perlukan kekreatifan di situ hehe

    salam kenal,
    Rafie #971

    ReplyDelete