hai assalammualaikum

Doll Skin Foundation Sendayu Tinggi - Dah lama nad ikut cara bermakeup oleh yatie sendayu tinggi dekat youtube tu. Best sangat tengok dia makeup. Lepas tu ternampakla dia menggunakan satu produk dia yang mempunyai manfaat 3 dalam 1 iaitu sebagai faundation, concealer dan sunscreen. Nad pulak memang jenis suka pakai produk yang mempunyai manfaat yang banyak dalam satu produk, jadi tak perlulah beli banyak-banyak kan..hahhaa..jimat dekat situ.


Doll Skin Foundation Sendayu Tinggi. Itulah foundation dia. Sebelum beli, nad mintak pendapat orang ramai dekat facebook. Rata-rata mengatakan foundation tu sangatlah best. Dan paling best ada beauty blogger pun cakap best foundation ni. Lagi teruja la kita nak beli kan.


Comel sangat botol dia. Pertama kali, teruja nak cuba. Nad beli dekat watson dengan harga RM40. Yang peliknya orang lain beli bawah RM40 kot, kenapa nad punya mahal??..sila jawab watson Tesco Ampang..huhuhuhu..Tapi sebab dah teruja nak beli, kita beli jela. Nad beli sekali dengan brush dari sendayu tinggi. Dah lama cari brush untuk sapu foundation dekat muka, dah nampak ni siap dua dalam satu apa lagi, beli jugakla..hehehe..


Doll Skin Foundation ada 3 jenis warna,
1) Very Cute
2) So Sweet
3) Too pretty.

Nad beli yang Too Pretty. Sebab bila apply dekat tangan nampak pekat tapi bila sapu dia cantik sangat..Doll skin foundation ni boleh tutup segala jeragat, bekas jerawat, dark circle dan macam-macam lagi.

Berus tu pun dari Sendayu tinggi. Berus pelbagai fungsi yang direka untuk sapuan bedak asas dan concealer. Berus "buffing" melicinkan dan memberi kemasan sempurna dan hujungnya yang tajam senang disapu pada tempat sukar seperti hidung, mulut dan tepi mata.



Disebabkan dia pekat, nad calit sikit-sikit je, sebab tak suka tebal-tebal sangat. Nad bubuh dekat pipi dahi, dagu, bawah mata. Lepas tu sapu dengan brush yang nad beli. Bila nad pakai, memang dia menutup segala cela dekat muka. Dia sekata je dekat muka, takda bertompok-tompok. Tapi kakak saya cakap, saya terlalu putih bila pakai foundation ni. Mungkin kene tukar warna lain..hahhaha..



Bila dekat luar, muka tak berminyak dan tak nampak seperti pakai foundation. Muka nampak natural gitu. Memang best pakai Doll Skin Foundation ni.


Ni tutorial menggunakan Doll Skin Foundation. Selamat mencuba



SHARE 5 comments

Add your comment

  1. ida skrg pkai bb cream..rsaya kurang skit pekat dr foundation kot..tu pun suka tmbahkan skit minyak masa pkai sbb nye tak sula terlalu nmpk putih..heheh..kulit i ni dh la hitam mnis..nmpk sgt nnti..hahha

    ReplyDelete
  2. Tasha pakai yang matte mousse sunscreen.. memang best.. xyah pakai sunblock dah.. tekstur pun ringan.. sampaikan akak pun terjebak sekali pakai matte mouse ni...

    ReplyDelete
  3. Macam nak kena try je ni..lagi pun da lama tak beli make up..:)

    ReplyDelete
  4. Patut laa cantik je sekarang ni.. Huhuhu

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2