hai assalammualaikum

Ketagih Dengan Sambal Tempoyak Cendawan Kukur Dlaila - Tak habis lagi dengan sambal tempoyak ni nad oiitt..haaaha..nak buat macam mana kalau dah peminat sambal tempoyak. Mana taknya kalau ada sayur kegemaran kita iaitu petai. Petai kategori sayur kan..hahaa.. Kalau sebelum ni nad rasa Sambal Tempoyak Ikan bilis Petai, yang memang mengiurkan, kali ni nad rasa Sambal Tempoyak Ikan Bilis Cendawan Kukur Petai pula.


Salah satu kegemaran nad jugak cendawan kukur. Haritu balik kampung, nak sangat cendawan kukur, tapi mak cakap bukan musim dia..erk ada musim-musim erk. Jadi kempunan la nak makan. Selalunya cendawan kukur nad lebih suka masak tumis je. Memang boleh habis. Tapi bila dibuat sambal tempoyak pun sedap bebeh.

Sambal Tempoyak Dlaila ni laku sangat. Kadang agent-agent yang jual semua dah habis stock. Jadi kene tunggu diaorang update kalau dah sampai. Salah seorang agent Sambal Tempoyak Dlaila ialah kak Yb Shehan. Masa tu pulak status dia lalu dekat timeline nad, apa lagi terus massage dia cakap nak sambal tempoyak. Masa tu pulak harga dia tengah promosi, apa lagi beli jela.

Nad beli satu je, sebab mr mafia tak berapa suka sambal tempoyak, dia layan sambal belacan..hahaha..jadi beli satu jela. Ni la pertama kali makanan yang boleh dipos..hahaha..Sambal tempoyak boleh dipos kau..percayalahhh..Memang takda bau sangat tempoyak tapi, rasa dia mestilah rasa tempoyak. Masa dapat pun tak tertumpah sebab dah dibalut cantik dengan plastik. Bagus betul idea diaorang ni..huhu..


Malam tu nad masak simple je. Tak larat dengan layan anak lagi..huhuhu.. Jadi nasib baik ada Sambal Tempoyak Cendawan Kukur ni. Adalah penambah rasa. Makan nasi, ikan goreng dan sambal tempoyak memang sedap. Kenyang pun kenyang. Korang mesti cuba tau..sedap sangat weii..

Kalau nak boleh pergi ke Facebook Dlaila, tengokla agent-agent yang berdekatan dengan rumah korang..cepat rasa tak menyesal..


SHARE 2 comments

Add your comment

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Tq sudi beli dear. Mmg x dpt henti makan woo. Huhu

    Agen Ampang/Uk Perdana/Bangsar & pos 1 Malaysia - YB Shehan 0123498262

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2