hai assalammualaikum

Salmon With Mustard Di Ikea - Haritu nad pergi Ikea Damansara kali kedua, sebab nak beli meja kerja untuk nad dengan almari pakaian baby fariza. Entry ada dekat SINI. Macam biasa, kalau dah sampai Ikea, dah siap jelajah satu ikea, sebelum nak amik barang, kene berhenti dulu untuk makan..hahaha..kasi perut kenyang lepas tu balik pun suka hati..dalam Ikea kan ada restaurant, jadi makan jela dekat situ. Selalu menu yang menjadi perhatian ialah Meatball dia. Tapi disebabkan haritu dah makan meatball dia, entry ada dekat SINI, jadi kita nak cuba menu lain pulak. Kalau boleh nak rasa apa yang ada dekat restaurant Ikea tu.



Apa nad order? nad order Salmon With Mustard dan Ayam goreng. Nak rasalah macam mana rasa ikan salmon tu kan. Tengok gambar dah menarik. Tengok rupa dah tertarik. Jadi kita orderla.

Bila dah dapat meja, duduk dan makan. Kali pertama masuk mulut, ermmm rasa biasa je..hahaha..kuah dia la yang sedap. Sayur pun cuma kacang panjang dan kentang..Rasa ikan goreng lagi sedap kot..hahahaa..Lagi satu sebab makanan tu dah sejuk, jadi kurang sikitla. Macam tu jugak dengan ayam goreng tu. Kalau lagi garing lagi urmmpphhhh..huhuhu..


Taubatla nak beli Salmon With Mustard ni lagi. Lepas ni kalau datang ikea makan meatball je. Meatball jugak yang sedap dan habis dimakan..hahhaha..Tak tau kenapa suka sangat dengan meatball dia, mayb sebab isinya macam penuh, pastu bila masuk mulut, dapat rasa meatball tu betul-betul ummphh..dengan kuah dia yang sedap tu..sampai jilat jari..

Fuh malam-malam buat entry makanan..memang menggugat betul.
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Kan... Kali pertama makan meatball pun rasa sedap sebab isinya padat

    ReplyDelete
  2. dah terasa macam nak makan meatball plak dah...haha

    ReplyDelete
  3. Meatball ikea terbaik. walaupun tgk ketul bebola tu mcm kecil, tapi bila makan. mengeluh juga lah sebenarnya nak habiskan. hehe

    ReplyDelete
  4. Salmon dia kurang...
    Tpi salad smoked salmon dia memang WIN

    ReplyDelete
  5. hari tu baru makan meatball. entahla rasa mcm dah kureng tak seperti dulu. kek dia je yg forever sedap.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS