hai assalammualaikum

Projek Amal Wakaf Telekung Siti Aishah - Semalam nad ada hadiri satu majlis amal yang diadakan di Hotel Royale Bintang. Majlis amal ni merupakan Projek Wakaf Telekung Siti Aishah yang dicetuskan oleh syarikat D'or Rue Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat pembuatan aksesori wanita milik Bumiputera. Majlis telah dilancarkan oleh YAM Permaisuri Datuk Amar Hajjah Siti Aishah Binti Dato Seri Abdul Rahman, mantan Raja Permaisuri Agong.




Projek ini dilaksanakan bukan sahaja membantu masyarakat kita untuk melakukan kebaikan dan kebajikan malah untuk membantu golongan wanita berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan. Kaum wanita yang dikategorikan sebagai miskin tegar dibekalkan dengan mesin, peralatan dan bahan mentah untuk menghasilkan produk seperti aksesori wanita dan produk jahitan. Golongan ini dilatih melalui satu program yang dinamakan program Azam Kerja.

Sehubungan dengan itu, bagi memajukan usaha mereka serta mengembangkan program ini ke tahap yang lebih baik bagi membantu golongan ini, terciptalah idea untuk membuat Projek Amal Wakaf Telekung Siti Aishah ni dengan melantik beberapa wanita sebagai vendor bagi menjahit telekung dan tudung yang ditempah oleh syarikat. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan ekonomi keluarga serta menjana ekonomi untuk negara dan seterusnya mengurangkan sikap hanya bergantung kepada bantuan kerajaan.




Pihak syarikat menamakan dengan jenama Siti Aishah setelah mendapat perkenan YAM Permaisuri Datuk Amar Hajjah Siti Aishah Binti Dato Seri Abdul Rahman, mantan Raja Permaisuri Agong yang juga turut berkenan menjadi penaung. Program ini sangat mengalu-alukan sokongan daripada semua pihak, agensi kerajaan, swasta, persatuan, pertubuhan, GLC dan orang perseorangan yang mahu menanam saham akhirat melalui projek.



Pengarah Urusannya, Hanizah Zainuddin berkata"Saya percaya ramai dalam kalangan kita yang mahu menyumbang demi kelangsungan ekonomi golongan yang memerlukan. Justeru kami menyediakan jalan ini kerana setiap sen yang disumbangkan sangat besar ertinya.



Pakej Wakaf Telekung Siti Aishah akan dihantar ke Rumah Anak-anak Yatim, Sekolah Tahfiz, Rumah Orang Tua-Tua, Masjid, Surau, R&R, Stesen Minyak di seluruh Negara Termasuk Sabah dan Sarawak bergantung kepada permintaan orang ingin mewakaf. Lokasi dan sumbangan juga boleh dilakukan mengikut permintaan si penyumbang.

Pakej Wakaf telekung dengan kadar harga:
Dewasa : RM35.00 sehelai  
Kanak-kanak ; RM30.00 sehelai 
Untuk menyertai wakaf telekung tersebut , sila hubungi 
Waktu pejabat : 03- 61841662/667 atau
Mohd Zaharuddin : 019-6821965 
Wan Farah: 013-3358570 
Norlida : 013-2250751  dan 
Rozita : 013-3061175 
Boleh juga datang ke alamat :
D’or Rue Sdn Bhd, 23, Kompleks Kilang SME Bank, 
Jalan SBC6, Taman Sri Batu Caves, 68100, Batu Caves, Selangor.
Wakaf boleh dibuat melalui tunai, bayaran cek dan online di nombor akaun Maybank 562151000859. Sila emaill slip bayaran pengesahan ke dorrue@gmail.com. Simpan resit untuk tujuan pengecualian cukai pendapatan.
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. Jom join projek wakaf telekung!

    ReplyDelete
  2. Jom join projek wakaf telekung!

    ReplyDelete
  3. usaha yang murni. kena join

    ReplyDelete
  4. Saham akhirat ... bagus untuk diwar-warkan pada semua. Terima kasih atas infonya :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. saham akhirat ni..

    ReplyDelete
  6. Bagusnya program mcm ni... thanks sharing info ye Nad.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2