hai assalammualaikum

Aidilfitri 2016 : Raya Meriah Dengan Adanya Fariza Nafisah - Kalau sebelum ni, raya dengan keluarga, lepas kawin, raya dengan suami, Lepas tu raya time mengandung, kali ni raya sekali dengan anak..Sibuknya raya bukan apa, sebab semuanya pasal Fariza Nafisah la..Kalau difirkan, nak cari baju suami isteri senang je, sebab ada sedondon, baju untuk anak la yang susah. Almaklumla, raya pertama la nak sedondon. Seronok giler kau..baru tau macam mana perasaan ni bila ada anak. Tapi disebabkan dia juga, mommy tak sempat nak masak rendang semua, terpaksa la beli..hahaa..yela, jaga dia je sampai lupa menu raya. Cuma ingat kuih raya je. Merajuk daddy tau tak..tapi nak kasi pujuk, tahun ni kami beraya di Kuala Lumpur dulu belah suami. Walaupun arwah mommy dah tiada, ikatan persaudaraan tu kena ada, jadi ziarahla saudara belah suami.



Raya pertama mestilah sedondon..Kalau boleh nak sebulan raya sedondon, tapi nak kena beli pulak baju kan..kita ni bukannya orang kayo..hahaa..jadi beli sedondon untuk raya pertama jela. Baju nad degan husband jubah dan kurta, nampak kawan post, tak mahal pun, tapi kain berkualiti, jadi tak banyak soal la, beli je. Husband pun tak kisah pakai kurta..Lain sikit la raya kali ni..Na pun pakai jubah kali ni. jarang pakai jubah..nampak ok je bila pakai..hehee.. Macam biasa, sebelum keluar, amik gambar dulu..kenangan kan..Fariza tu memang tak boleh disuruh, biarla dia buat hal dia sendiri..Gambar spontan..hahaha..kitaorang memang, macam-macam gaya, cuma nad je yang mesti gambor nak cun-cun..hahaha..mesti bermaafan bersama suami dulu..banyak dosa naa..hahaha..



Nad ni jenis biasa je, mula-mula malulah, lama-lama ok..Raya kali ni sebab ada Fariza Nafisah, jadi macam risaula pergi bawak beraya. Takut dia menangisla, tak boleh duduk diam ke..tapi alhamdulillah, baik je dia. Dah biasakan jumpa orang masa pergi event, jadi dia takda masalah nak dengan orang lain. Masa pergi beraya dia ok je. Cuma sekarang dah tak boleh duduk diam, ada je nak dicapainya. Tengah lasak, dah pandai meniarap dan maju ke depan. Mulalah nak teroka sana sini. Part tu memang penatla..tapi okla dia tak merengek..tak menangis..Setengah budak cepat panas dengan baju raya, tapi budak Fariza ni steady je, daddy dia yang risau sebab baju nampak panas, dan dia berpeluh..



Raya ni ada anak, biasalah, anak kene terkam dulu..hahaa..lagi belah suami jarang tengok Fariza ni. Masa tu la diaorang balun anak kita ni..Duk cium, peluk semuala..Fariza redha. Kita ni takkan tak bagi pulak kan..nanti diaorang cakap apa la kan..Jadi biarkan je..Biasalah, siapa tak suka tengok budak kan..kita paham. Jadi mommy dengan daddy steady makan -makanan raya..hahaha..Fariza pun tak banyak songeh..






Kali ni, raya sampai jauh-jauhla..Dah namanya raya kan. Pertama kali Fariza jumpa atuk dia.


Part paling best, ialah duit raya..ehhee. Mommy yang excited lebih..ahhaa..takdela..Syukurla, rezeki Fariza dapat duit raya. Mommy jeles..hehehe..Senyum lebor hah. Pandai dia amik duit raya tu kan.Pegang kuat takmau lepas. Duit raya ni mommy simpankan ye. Jangan jadi macam mommy, duit raya mommy guna..boros mommy. Kene buat simpanan untuk Fariza ni..Kang tersimpan lama dekat rumah, mommy dengan daddy terguna pulak..hasihh..huhuhu..

Meriah raya kali ni..Raya ketiga baru balik belah nad pulak. Raya dah seminggu lebih baru nak update ni ha..takpelah..biasalah duk kampung lama, line dekat kampung susah sikit..ehhee..Raya kat kampung meriah sikit..nak online pun tak dan..hahaha..jap lagi ccerita suasana raya kat kampung pulak..

SHARE 5 comments

Add your comment

  1. seronok dapat beraya sedondon dengan anak kan, comelnye fariza tu,pipi tu bambam sangat, geram je tengok

    ReplyDelete
  2. comel eh fariza..baik jee..hhee...
    memang ok kalau tak banyak ragam..

    senang melayan..ok,part duit raya..tlg simpan haaa..hahaha..nnti dh besar tgk duit rye dh byk..yayyyyyy...hehehe

    ReplyDelete
  3. farizaaaaaaaa..apesal tembam sgt pp tuuuu..geramnya auntie tgk

    ReplyDelete
  4. Hello, ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Encik Fedrick POWER, pemberi pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan untuk semua yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Adakah anda memerlukan pinjaman? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang anda atau membiayai projek anda? Adakah ia telah ditolak oleh bank-bank dan agensi kewangan yang lain? Cuma perlu, kerana kita berada di sini untuk semua masalah kewangan anda. Kami menawarkan pinjaman cepat dan boleh dipercayai pada kadar faedah 2% kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat tanpa mengira kewarganegaraan pelanggan. terma-terma dan syarat-syarat kami dan jelas dan sangat mudah difahami. Tiada pemeriksaan kredit diperlukan, 100% dijamin. Hantarkan e-mel kepada:
      (Fedrickpowerloanfirm926@gmail.com)

    ReplyDelete
  5. Hello, di sini datang satu lagi syarikat pinjaman yang akan mengubah hidup anda selama-lamanya, saya Encik Patrick pinjaman pemberi pinjaman disahkan, saya menawarkan pinjaman kepada sektor individu dan orang ramai yang memerlukan bantuan kewangan dalam kadar faedah yang rendah sebanyak 2%. Perkhidmatan kami termasuk:

    PATRICKLOANS15@GMAIL.COM
    * Pinjaman Peribadi * Penyatuan Hutang
    * Pinjaman Perniagaan
     * Pinjaman Pinjaman Pelaburan Pelajar
    Kemenangan anda dalam melakukan transaksi perniagaan dengan kami
    dijamin dan anda tidak akan menyesal apa-apa benda berbuat apa-apa pinjaman
    transaksi dengan kami, anda akan gembira untuk mengetahui pemberi pinjaman pinjaman seperti saya kerana
    i akan meletakkan senyuman pada muka anda pada akhir urus niaga ini. saya mahu
    anda berasa percuma anda tidak akan kehilangan apa-apa perkara dalam urus niaga ini
    Jika berminat sila isi borang di bawah ini dan kembali kepada e-mel
    Nama:
    negara:
    seks:
    Jumlah Pinjaman Diperlukan:
    Tempoh pinjaman
    mengisi borang dan kembali ke e-mel syarikat ini: (patrickloans15@gmail.com)
    Tuhan merahmati
    Patrick pinjaman Syarikat

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2