Articles by "Ucapan raya"
Showing posts with label Ucapan raya. Show all posts
 hai assalammualaikum
 
Raya Tetap Raya, Demi Anak-Anak Walau PKP - Semalam telah diumukan Sambutan Hari Raya jatuh pada 13 Mei 2021 bersamaan Hari Khamis. Bila tunggu pengumuman macam ni sepatutnya kita gembira, tak sabar lagi dua sehari nak raya, tapi untuk tahun ni, suram sedikit disebabkan PKP telah diumumkan. Tapi, taknak bagi suram, demi anak-anak, raya tetap raya dan bagi kemeriahan raya tu dirasai.

 
Semua sedia maklum, haritu PKP telah dilaksanakan pada 12 Mei sehingga 7 Jun. Kes makin hari makin meningkat, sepatutnya kes semakin turun, tapi disebabkan mereka yang tidak bertanggunjawab, menyebabkan kes makin menaik. Malas la nak sebuat siapa, sedar-sedarla wahai manusia yang menyebabkan kes naik, lepas tu buat rasa tak bersalah.
 
Sekarang muncul pulak virus baru yang datang katanya dari Africa, makin mengganas ya. Penat dengan sesetengah orang yang alpa dengan SOP, yang boleh rentas negeri sesuka hati, hati semua orang bagai direntap. Alasan yang sangat tidak munasabah. marah dengan orang kaya yang tidak beradap, gunakan kuasa, gunakan kekayaan, yakin boleh lakukan apa sahaja.


Dah PKP ni, duduk rumah je la raya ni, aktiviti ziarah tak boleh dilakukan. Sedih sangat. Raya dah tak sama macam dulu-dulu dah, semuanya kenangan. Paling sedih dekat anak-anak. Mereka membesar dengan suasana Covid, jarang keluar, jarang sosial. Segalanya berubah. Bolehkak kita akan dapat lagi suasana yang menggembirakan?
 

Untuk anak-anak, kita tetap bagi suasana raya tu ceria, gembira, supaya diaornag tak lupa meriahnya Hari Raya. Tetap sediakan juadah hari raya, biskut hari raya, baju hari raya dan duit raya. Bergambar, bersalaman semua. Walau tak boleh kunjung mengunjungi, beraya sesama keluarga pun menyeronokkan, walau hakikatnya bagi kita yang dah besar ni, paham-paham jela..huhuu. Jadi aktiviti Hari Raya, makan, tengok tv jela..hahaha.

Korang pun, jangan sedih-sedih ok. Raya tetap raya, gembira selalu ok. Sentiasa patuhi SOP. Selamat Hari Raya korang, nad mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.
 hai assalammualaikum
 
Selesai Beli Persiapan Baju Raya Di Pusat Pakaian Hari-Hari -" Selamat Aidilfitri, kepada saudara serta saudari, setahun hanya sekali, merayakan hari yang mulia ini " Eheh, ternyanyi pulak..hehehe. Nak bagitau, nad dah selesai beli persiapan baju raya kami sekeluarga..hehee..Pantas kan!! Ke korang lagi pantas ye..hehehe. Jadinya tinggal beli kuih raya je.
 
Korang dah buat persiapan raya ke belum? Biar dalam keadaan pandemik, persiapan raya tu mesti kena ada, bagi merasai suasana raya tu setelah sebulan berpuasa. Ala, buat persiapan ala kadar je pun takpe, yang paling penting sekali mestila kena ada baju raya..kihkih. Dapat satu baju pun takpa untuk raya pertama, masuk raya kedua, ketiga kita recycle baju lama pun boleh. Setiap tahun, mesti nak tema baju raya berlainan kan..hehee. Tak perlu beli yang mahal, kita beli yang murah je tapi berkualiti. Sekarang hidup kena berjimat cermat.
 
Selalunya, beli baju raya ni pun sebab nak bagi anak-anak gembira, bagi diaorang rasa raya tu. Bila anak-anak gembira, mak ayah pun lagi gembira. Setiap tahun nad akan buat persiapan baju raya awal. Tak suka last minit beli, taknak kelam kabut. 
 

Beli Persiapan Baju Raya Di Pusat Pakaian Hari-Hari

Korang selalu tempah baju raya ke atau beli siap? 
 
Macam Nad selalu beli yang dah siap je senang, tinggal pilih dan beli. Beli siap ni ada banyak pilihan design baju. Tahun ni kitaorang shopping baju raya di Pusat Pakaian Hari-Hari. Nad pergi Pusat Pakaian Hari-Hari dekat Sri Permaisuri KL. Lokasi paling dekat dengan rumah nad.
 
Kedai Pakaian Hari-Hari ni memang selalu dah jadi tempat untuk nad cari pakaian, macam tshirt, gaun seluar untuk anak-anak, . Masa Fariza nak sekolah pun, nad beli kelengkapan sekolah dia dekat Pakaian Hari-Hari ni. Senang cari dekat satu bumbung, tak perlu cari banyak tempat. Lagipun dekat sini murah, banyak pilihan dan berkualiti.





Hah, tengokla, macam-macam pilihan design dan warna pakaian baju raya ada. Pilih je mana yang berkenan di hati. Baju untuk satu keluarga, dari baju raya untuk ayah, mak dan anak-anak. Baju disusun rapi dan kemas je. Senang kitaorang nak pilih. Masa nad datang sini, takda la ramai orang, jadi senang cari baju yang diidamkan. Sebab tu suka pergi hari biasa bukan hari minggu..hehee. Senang nak pilih baju, takda bersesak. 
 


Masuk je, terus ke baju raya kanak-kanak dulu. Biasalah, pertama sekali kena uruskan anak-anak dulu. Diaorang ni mana boleh duduk diam lama-lama. Masa ke bahagian kanak-kanak, terus nampak warna tema raya yang diidamkan. Design pun cantik untuk budak-budak ni. 
 
Tapi biasalah, budak-budak ni makin besar, dah ada pilihan sendiri. Tapi, maaf ya, kena ikut cakap mommy juga untuk tema warna raya..hahaha. Tema raya kali ni memang dah tau awal dah..hahaha. So tak boleh warna lain walaupun lawa..hehee.



Bila dah pilih, nak cubala dekat baju tu dekat anak-anak. Staff Pusat Pakaian Hari-Hari tolong nad uruskan pakai dekat anak-anak. Best shopping sini sebab staff semua peramah dan lembut. Diaorang akan tolong kita, bila kita perlukan bantuan.

Perasan kan setiap kali pelanggan masuk, diaorang akan cakap " Selamat Datang " dan bila keluar diaorang akan cakap " Terima Kasih, datang lagi ". Hah!, rasalah disambut dengan mesra macam tu.
 
 
Halah halah, manisnya anak-anak mommy pakai baju raya ni. Tersenyum diaorang dapat baju raya. Tak sabar nak pakai masa raya nanti. Kita buat hitam putih dulu, nanti kita tunjuk raya pertama..hahaa.



Selesai anak-anak punya, giliran maknya la pulak. Design banyak cantik, satu-satu nad ambik..haha. Setiap design baju cakap dengan suami " ni ok tak ", " ni ok tak "..hahaa. Nasibla dia layankan sahaja. Mula ingat nak sama design macam anak-anak, tapi besar pulak saiz, last sekali kita pilih design berbeza sikit, penting warna sama. Ok selesai..



 
Eh!!!, belum lagi, ada lagi sorang, siapa lagi kalau bukan suami..hahaha. Semestinya nak sedondon di pagi raya. Dekat sini ada baju kurta, baju melayu. Habis dibeleknya, lepas tu nampak cantik dan sesuai, tak cakap banyak terus ambil.  Alhamdulillah, kena dengan saiz dia. Bagusnya, baju melayu dekat sini siap dengan butang ye. Hah!!, selamat, takyah beli butang lain..kihkih.
 
Fuh!!, lega, semua siap dengan cepat. 

Senang, satu bumbung semua baju untuk keluarga ada. Warna dan design jangan cakap, banyak sangat pilihan.


Dekat sini pun siap ada samping dan songkok. Senang, tak perlu pergi banyak tempat.

Untuk 4 orang baju, jumlah semua RM314.60 sahaja. Okla kan, kira murah dan jimat dah tu. Tengok kain pun berkualiti. Kalau beli tempat lain mungkin ada harga satu baju boleh cecah RM100 lebih. Ikut kehendak diri sendiri je, mana korang rasa ok, bagi nad baju dekat Pusat Pakaian Hari-Hari ni cantik, kain sama elok macam tempat lain.
 
 
Masa nad beli, nad ada nampak, setiap pembelian RM100 ke atas akan dapat percuma kad raya atau paket raya, manakala untuk pembelian RM200 ke atas akan dapat percuma beg purple. Freegift ni bermula 23 April. 


Nad dapat woven bag purple dan sampul raya. Kiut sungguh sampul raya tu.
 

Kalau korang nak tau, Pusat Pakaian Hari-Hari ni dah ada 85 cawangan dan akan ada 5 lagi bakal dibuka di Klang, Kajang, Tampin , Bukit Mertajam, dan Kedah dalam tahun ni. Banyak kan, korang boleh tengok lokasi ni di https://www.ehari.com.my/Branch
 
Selain beli di kedai, korang juga boleh shopping online. Boleh terus klik  >> www.ehari.com << atau di Shopee Hari-Hari dan nikmati diskaun 15%. Jom Shopping Baju Raya di Pusat Pakaian Hari- Hari !1. Koleksi Raya hari hari 2021.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari
Website: www.ehari.com
hai assalammualaikum

Tema Baju Raya 2020 - Tahun ni disebabkan kita beraya dekat rumah, boleh ziarah untuk hari raya pertama sahaja, jadi tema baju raya nad dengan anak-anak berkebaya dan berkain batik..hehee..Tapi nad tak pakai kebaya pun, nad pakai baju blouse. Anak-anak je pakai kebaya. Yang penting kain batik tu..hehehee..


Last minit juga cari baju raya untuk anak, lagi nak tema sama kain batik. Disebabakan PKPB, pergi kedai mesti ade SOP, beratur bagai, memnag tak dapatla cari baju anak. Kang ambil masa yang lama. Nak pergi banyak tempat dengan keadaan macam ni, memang takla. Jadi nad usha baju raya secara online. Nak cari baju raya yang berkain batik punyalah susah ye. Ada tu yang sama tapi harga, allahuakbar, lari bajet..huhu. Cantik memang cantik, tapi kalau dikira takpela. Tapi tak putus asa cari.



Alhamdulillah, last-last jumpa juga baju raya anak sama tema. Nad jumpa instagram Ezikmarques. Butik tu jual baju kebaya dan kain batik. Macam biasalah, tanya harga, nasib ada yang murah, sepasang baju kebaya dan kain batik RM80. Hah, memang terus je nak beli. Bagus layanan butik online ni, nad whatsup tengah malam, hahaha, sebab usha instagram dia dah tengah malam. Memang biasa terus whatsup kalau nak sesuatu, biasanya orang akan balas esok pagi. Tak sangka dia balas malam tu juga..hahaa. Bagus sungguh. Terus dia balas harga baju. Suka ya dengan penjual macam ni, terus jawap harga dia, takda berbelit-belit ke lain. Baju dia ada biasa dan eksklusif, yang bais atu la harga RM80 sekali kain batik.

Terus nad tanya biasa tu macam mana rupa dia, semua-semua la.Pastu terus tanya umur anak. Sebab penjual tu nak cek baju untuk saiz anak ada ke tak. Esoknya la dia balas, sebab baju dekat butik. Sepantas kilat ye, dia tunjuk baju semua. Akhirnya jumpa yang berkenan di hati. Haritu juga dia pos. Dua hari lepas dia pos terus sampai.

Bila dapat, memang puas hati, sebab lawa giler kebaya dan kain batik tu. Walaupun bunga tak sama warna, okla, berlainan sedikit , nak bergambar baru lawa kan. Asalkan baju warna sama kuning gitu.



Ni la dia, baju anak dara nad. Berkebaya dan berkain batik. Halah, cantik molek. Nasib baju tu ngam elok je dekat diaorang. Macam adik, 2 tahun, nad ambil 3 tahun, biar besar ye, asalkan jangan kecik. Nak pakai lama. Kakak pulak 5 tahun, nad ambil 6 tahun punya. Cuma kain la, panjang sikit, tapi takpe, kita lipat ye..hehehe..


Hah ni pulak baju nad. Baju ni sebenarnya nad pakai masa kenduri kawan..hehee. Habis dah PKPB, covid ni punya pasal, malas nak fikir baju raya lain, dah ada ni, kita pakai jela. Jimat ye dekat situ. Pertama kali pakai kain batik pario. Mula memnag fikir macam mana la nk pakai, lama-lama biasa dah. Adjust kain taknak nampak kaki.. Kene pandai-pandai pakai.

Lupa pulak nak ambil gambar bertiga..hahhaa..Ni la tema baju raya kami 2020, disebabkan PKPB, berkain batik. Simple je..

hai assalammualaikum

Sambutan Hari Raya PKPB 2020 - Hah, dah masuk hari raya ke 6 dah rupanya ya. Tahun ni raya tak semeriah seperti sebelum-sebelum ni disebabkan covid 19. Macam tak sangka kan semua ni akan berlaku. Memang menjadi peringatan dan kenangan kepada kita semua untuk hadapi norma baharu. Tahun ni kita sambut hari raya secara sederhana sahaja. Walaupun macam tu, masih bersyukur dapat meraikan hari raya walaupun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ( PKPB ).

Tahun ni, nad tetap buat persiapan raya bagi meraikan kemenangan setelah berpuasa selama sebulan. Buat persiapan pun untuk anak-anak merasa gembira. Tetap beli biskut raya, baju raya untuk anak-anak dan sediakan duit raya untuk mak ayah, anak-anak dan anak buah.



Raya pertama seperti biasa, bangun awal pagi sediakan makanan semua.Makanan, mestilah rendang , nasi impit, sambal. Kemudian mintak maaf dan bergambar. Tema raya tahun ni berkain batik, sebab raya duduk rumah sahaja kan..hehehe..Nad dan mr mafia berbaju putih manakala anak-anak, berbaju kebaya warna kuning dan berkain batik.

Nad berterima kasih dekat kerajaan sebab beri kelonggaran pada hari raya pertama untuk menziarahi keluarga atau jiran tetangga. Tapi dengan syarat ikut SOP dan hanya 20 orang sahaja di dalam rumah. Untuk Hari Raya ni pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan, tapi rentas daerah dibenarkan iaitu kawasan Sleangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Hari Raya pertama ni la nad ambil kesempatan sekejap untuk balik ke kampung, sebab nad rentas daerah sahaja. Nad duduk di Kuala Lumpur, kampung di Meru Klang, jadi masih daerah. Dah beberapa bulan tak jumpa mak ayah, masa hari raya tu memang diaornag suruh balik sebab boleh rentas daerah kan, tapi kita ni yang was-was, pada masa yang sama, nak jaga sesama kita. Tapi, balik juga la sebab mak ayah dah tanya. Cekalkan hati dalam perjalanan tu.Alhamdulillah, sampai kampung dengan selamat.


Dapat jumpa mak ayah, rindunya tak terungkap. Dapat juga makan lauk mak buat, dapat makan yang biasa kita makan. Memang makan puas-puas, borak dengan adik beradik, mak dan ayah puas-puas. Sebab dibernarkan sehari je boleh. Mak ayah suruh tidur rumah, tapi kitaorang taknak, sebab takut. Takpela, bersyukur sangat dapat  beraya bersama dengan keluarga walaupun sehari. Memang sedih masa nak balik malam tu, sebab tak tau bila lagi dapat jumpa. Doa banyak-banyak supaya semuanya kembali pulih.

Kadang fikir, bagusnya raya covid ni kita raya secara sederhana. Tak perlu nak beli macam-macam, jimat berbelanja. Beli yang perlu je. Yela, orang tak datang rumah, masing-masing tak sakit hati dengan soalan yang menikam jiwa tu..hehee..

Baikla, dikesempatan ni, wlauapun dah raya ke 6, hehee..nad nak mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, maaf zahir dan batin, maaf kalau ada terslaah tulis dalam blog ke, tersalah cakap, ada yang terguris hati, terkasar bahasa, mintak maaf ya. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog nad.

Semoga semuanya kembali pulih.


hai assalammualaikum

Kisah Duit Raya,  Sana Sini Viral - Raya haritu,  nad rajinla on twitter.. Hahaha.. Almaklumla,  twitter banyak benda yang orang retweet, kisah yanng diaorang suka,  yang diaorang rasa nak luahkan, sampai jadi viral. Dekat twitter memamg pantas ye..Jadi,  raya 2019 ni,  selain cerita ragam budak-budak ni,  kisah duit raya pun ada. Macam-macam haish, pasal duit seringgit budak taknak,  pasal buang duit, buang sampul, lagi dasyat,  pasal makcik dapat duit raya sikit dari anak saudara, terus ditweet ya dengan kata-kata sindiran (dasyat makcik main twitter)..

Mungkin benda ni semua dari zaman kita lagi dah berlaku,  cumanya, dulu takde media sosial sangat. Nad pun pernah mengeluh,  cakap " 50 sen je"..sebab waktu tu RM1 la paling besar.. Hahaha. Masa tu takdok telefon,  jadi cakap dengan sepupu jela.. Hahaha.. Sekrang,  semua benda kalau boleh nak post... Tak heran dah orang cakap apa,  asalkan post dia tu viral ya.. Kadang post tu untuk peeingatan juga.


Bila jadi macam tu,  sekarang dah anak,  anak pun dah boleh berfikir,  kita pun ajar anak adab bila dapat duit raya. Kebanyakannya,  orang tak suka, sampul raya dibuka depan tuan rumah, orang tak suka budak cakap " seringgit je"..dan macam-macan lagi la. Jadi nad ajar anak-anak jangan buat benda orang tak suka.

Nad ajar dekat Fariza dan Farhanah,  lepas dapat duit raya, terus bagi dekat nad. Diaorang belum reti lagi nak simpan duit. Nad pun tak belikan diaorang beg tangan ke apa, paham jela budak-budak,  bila dah leka,  letak ke mana. Jadi,  diaorang paham dan setiap kali dapat duit,  zapp terus bagi dekat mommynya ye.. Hehehe. Si adik pun dah faham, cepat-cepat bagi dekat mommy.. Good..

Setakat ni,  takda lagi si kakak, Fariza nak buka sampul, tengok duit raya. Walaupun ada cousin dia buat macam tu,  dia tak tiru,  sebab daddy dan mommy perhati je erk.. Hahaha.

Nad dengan mr mafia akan pastikan, sampai ke besar diaorang akan macam ni. Jaga adab bila jumpa orang,  depan orang tua. Banyak adab kene ajar diaorang dari kecik ni. Baru diaorang biasa buat.

Berkenaan kes makcik dapat duit sikit dari anak saudara,  haishh tu tak tau la nak cakap. Rasanya,  kalau nak bagi kat orang tua ni selalunya memnag bagi banyak sikit,  paling rendah pun dalam RM50..Yela orang tua kan...tapi bila dapat sikit,  kalau rasa tak puas hati,  tak perlu kot post dekat mana-mana.. Huhu.. Boleh pecahbelahkan hubungan silaturrahim sesama kita. Kena sentiasa beringat. Mungkin dia bagi sikit sebab ade komitmen lain kot. Kita tak tau.

Jadi,  beringatlaaaa......


hai assalammualaikum

Ragam Anak-Anak Di Hari Raya - kalau nak cakap pasal perangai anak-anak ni, memang sifat kenakalan, keaktifan diaornag ni tak boleh cakap  apa la. Kita dulu kecik-kecik mesti nakal juga kan. Kalau zaman dulu, budak-budak buat hal waktu datang raya, mesti cakap dalam hati atau dengan orang tertentu sahaja. Sekarang, zaman media sosial, zaman viral, semua benda nak masuk dalam facebook,instagram dan twitter. Bila anak buat salah, ibu bapa la yang dikatakan punca tak mengajar anak..huhu.

Rumah ni kalau datang beraya, mesti diaorang akan terjah buaian ni..hahaa..so takde masalah

tengok tu..amboiii...senyap terus

Budak mana tak suka dengan gadget..huhu..

masing-masing dengan gadget

Tak dinafikan, memang sepatutnya, ibu bapa yang perlu mengajar anak. Nasihat anak, jangan buat hal dekat rumah orang. Kalau dulu, mak ayah jeling sikit, keluar suara sikit, kita memang dah takut. Budak sekarang, lagi ditegur lagi dibuat..Lagi kalau dah jumpa geng diaorang, lagi riuh. Tapi, kalau diaorang terlebih agresif, masa tu la peranan ibu bapa kene ada. Ambil anak, suruh duduk bersama. Tak pun bagi je telefon. Dari pecahkan barang rumah orang atau benda yang tak diingini menjadi viral..huhu.

baru lepas bermain. bila mintak bergambar memang semua bagi kerjasama..hahaa..

Setakat ni, Fariza memnag tak buat hal dekat rumah orang la. Setiap kali beraya, bila dia jumpa geng dia, walaupun geng dia lasak, dia masih boleh behave. Jangan tengok sebab dia perempuan, kadang perempuan kalau dah jumpa geng, pun boleh jadi lasak. Nad perhati jela apa dia buat. Bila nad tengah layan makan, turn daddy dia la tengokkan. Anak kita ni satu je, sekali daddy dia keluar suara, memang dia takkan buat..hahaa..

Layan cerita best..semua duduk diam depan tv

Farhanah pulak, memang takyah cakapla. Jenis melekat je dengan mommy dia. Taknak langsung dekat denagn orang lain, atau join dengan kawan lain. Part ni memang pening haishh..hahahaa..apo nak buat..Sebab dia la kita tak OOTD ye..hahaa..Pas kat orang lain mesti menangis, teriak macam kena pukul..Tapi kalau tempat tu sikit orang, tak ramai, dia ok..main denagn kakak dia.

Bila datang raya rumah orang yang ada mainan, lagi la diaorang suka. Hah!!, yang tu diaorang akan main je, tanpa kacau mommy dan daddy..hehee..Budak-budak ni manalah boleh duduk diam oii..Mesti akan bergerak, berlari..Jadi peranan ibu bapa kenala ada. Melainkan anak tu seorang pemalu..gituu...
hai assalammualaikum

Cerita Raya 2019 : Raya Kampung Baru Meriah - Baru ada mood nak cerita pasal raya, almaklumla, makan kuih raya, makanan raya banyak sangat, mood rajin pun susah nak mai..kihkih..Raya tahun ni, raya dekat belah nad, area Meru Klang. Raya kampung la kita, baru meriah. Bertambah meriah bila anak kita pun dah tak sabar nak beraya, nak jumpa atuk, nenek dan sepupu sepapat dia. Pagi raya, siapkan diaorang, tak susah, sebab pagi-pagi nad cakap " Fariza bangun, mandi pakai baju raya, nak balik rumah nenek atuk ni"..zapp terus bangun..terus cakap " nak aye mommy, umpe atuk, umpe nenek, umpe jannah"..hah macam tu la..Terus seronok je..

Lepas suami habis balik dari solat raya, terus kemas apa yang patut, ambil barang, beg semua masuk dalam kereta, zapp terus gerak ke kampung. Sepanjang perjalanan, denagr lagu raya, Fariza layan je lagu..yes..memang meriah raya kali ni sebab anak sorang ni oii..

Sampai rumah atuk nenek, mulalah salam mintak ampun, semua. Seronok Fariza dapat duit raya. Selesai tu, terus pergi beraya rumah saudara. Rumah kampung, dekat-dekat je, jalan kaki pun boleh..hehee..

CERITA RAYA 2019 : RAYA KAMPUNG, PENUH RUMAH, MERIAH

CERITA RAYA 2019 : RAYA KAMPUNG, PENUH RUMAH, MERIAH

Macam ni la gaya raya kitaorang semua..Kalau tak penuh satu rumah, bukan raya namanya..Tahun ni memang semua dekat kampung sini. Ada yang rumah mertua dekat, diaorang raya sini dulu, petang kang baru pergi raya belah sana pulak..Macam tu la..






Bila semua ada, memang best la..Kecoh satu rumah ke rumah. Borak sampai tak ingat dunia..Lama tak jumpa..yela masing-masing ada komitmen masing-masing..Masa ni la borak sakan..




CERITA RAYA 2019 : RAYA KAMPUNG, PENUH RUMAH, MERIAH


Anak-anak pulak, bila dah jumpa geng, memang syokla. Tapi sorang ni jela, Farhanah, jenis takut orang. Nak melekat je denagn nad..haishh..sabor jela..

CERITA RAYA 2019 : RAYA KAMPUNG, PENUH RUMAH, MERIAH

Bergambar memang penting ye..hehee..Kan dah cakap, raya kampung kalau tak penuh rumah tak sah..


Tadi tu rumah saudara, ni hah rumah kita..tak putus-putus kunjungan..

Dari siang, sambung ke malam..tak habis..tak cukup tiga hari raya..lebih tiga hari raya tau..hahahhaa..tapi raya ketiga nad dah balik Kuala Lumpur..huhuhu..Jadi kita sambung area sana pulak.

Raya korang macam mana..mesti meriah gegiler kan..tengok gambar pun dah tau.