hai assalammualaikum

Jubah Pilihan Baju Raya Tahun Ini - Ni kali pertama nad pakai jubah masa raya. Sebelum-sebelum ni, tak pernah langsung pakai jubah, nad pakai baju kurung moden, baju kurung biasa. Nak pakai jubah takut nampak besar dan panjang. Tapi lepas berkenan tengok orang kurus pendek macam nad pakai jubah, lawa je. Pulak tu tahun ni ada Fariza yang breasfeeding, kena la cari baju yang sesuai. Sebab tu tahun ni raya nak pakai jubah.

Lepas tu tiba-tiba kawan post dekat whatsup, tunjuk gambar baju jubah beserta kurta sepasang sedondon gitu. Bila tanya harga, murah gila, jubah perempuan dan kurta lelaki sepasang, hanya RM150 je. Apa lagi terus beli jela. Tak tau kalau dekat luar mesti lagi mahal kan, jadi beli siap-siap. Yang penting dia warna biru..hehehe..Sebelum beli tu, tanya mr mafia dulu, nak tak pakai bju kurta ni, lain dari lain sikit, sebab sebelum ni pakai baju Melayu je kan, nasib dia nak..hehee..


Pagi raya tema Biru sedondon kami beranak..Ni la jubah nad pakai. Jubah ni saiz S, tapi masa sampai nad cuba pakai, takutla besar, panjang ke, cek baju kot-kot mana tak elok, yela harga murah, tapi semuanya ok, kain sedap, tak panas. Dan paling penting ada zip dekat bahagian atas untuk ibu menyusu. Tapi macam biasa, nad pendek, jubah ni panjang, jadi nad hantar baju untuk alter di Tesco Ampang. Entry ada dekat SINI. Saiz S memnag dah kecik, ngam dengan badan nad. Pakai pun nampak lawa je..hehee..


Yang ni pulak jubah dari Milkwithlove. Suka dengan jubah ni sebab kainnya nampak licin tapi tak licin. Lepas tu bahagian lengan dia lace. Jadi ada kontra warna dekat situ. Yang ni saiz S juga. Dapat je memang pakai dah ngam cuma panjang sikit. Memang mudah nak menyusu anak, dengan baju jubah breasfeeding ni.

Dah mula jatuh hati dengan Jubah ni..lepas ni cari jubah yang bercorak bunga-bunga la pulak..hehehe..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours