hai assalammualaikum

Warung Lebai Dollah - Haritu balik kampung, nad ajak suami makan dekat area Shah Alam. Perut lapar sangat lepas tersekat dari kesesakan lalulintas Kuala Lumpur tu. Biasalah akhir bulan, gaji pun dah keluar. Jadi mr mafia cadangkan makan dekat kedai makan Seksyen 13. Sebab dia cakap, dia pernah makan situ dan sedap.

Sampai je kedainya terus order. Tengok menu, hanya bergoreng dengan western. Bila nak order western dia cakap takda lagi. Apa maksud takda lagi??. Dia cakap, diaorang baru buat pembaharuan menu. Dulu diaorang buat menu jenis berlauk, sekarang bergoreng dan western. Tukang masak masih sama. Jadi menu semua akan ada pada Hari Isnin. Jadi nad order mana yang ada jela.

Mr mafia order Nasi Goreng Sotong Blackpepper , nad pulak order Char Kuew Teow. Manakala air pulak air Lobak Susu dan Air Tea 3 layer.


Nasi Goreng Blackpepper ni, ada sayur, keropok dan sotong. Nasi goreng ni memang sedap. Tapi kalau pedas sikit lagi sedap..hehhehe..kuah die pun sedap. Tak muak la..


Char Kuew Teow, nad memang suka makan Char Kuew Teow. Lagi banyak kuah lagi sedap. Lagi ada kerang dengan udang besar. Tapi haritu takda kerang, diganti dengan sotong. Alamak rasanya tak berapa " kick" la..macam tawar pun ada. Mungkin disebabkan sotong tu...ermm..tapi disebabkan lapar makan jela.


Untuk air, air 3 layer tu rasa macam abc..hahaha..Lobak susu pulak memang sedap dan manis.

Masa bayar nad ada cakap kekurangan Char Kuew Teow tu. Dan dia pun catit apa kekurangan tu. Harap dia perbaiki makanan tu.




Tempat sangat selesa. Ada bahgian dalam dan luar. Warung Lebai Dollah ni dekat Laman Business Seksyen 13. Kalau korang nak cuba boleh pergi ke G13A, Block 2, Laman Seri business, Persiaran Sukan, Seksyen 13 4000 Shah Alam, Selangor.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. lepas ni kena la terjah lagi untuk menu western plak ye..amboi Fariza...bukan main lagi awak eh

    ReplyDelete
  2. oh..kat dalam laman seri..xpernah tau pon..mgkin sbb dia kt dalam..kan..
    ok2..tgu dia upgrade ade menu western tu bru pergi..hehe

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2