hai assalammualaikum

Awra Bagus Steamboat Dan Grill di Rantau Panjang Klang - Sempena birthday adik nad haritu, dia ajak kami sekeluarga makan dekat luar. Kakak pula cadangkan tempat makanan dekat dengan rumah mertua dia di Rantau Panjang. Dia cadangkan makan steamboat. Kitaorang tak kisah pun mana-mana, lagi syok bila orang belanja..hahaha. Makanan steamboat, korang mesti tau kan, bayar sekali, makan la sepuasnya. Tapi tak habis, kenala bayar ye..ni namanya untuk elakkan pembaziran..hehe..

Kitaorang sekeluarga bertolak lepas Isyak. Oh!! steamboat ni kakak dah booking awal, jadi dia tunggu dekat kedainya. Pergh!! boleh tahan juga pendalaman tempat dia. Atau sebab kitaorang pergi malam kot, takda lampu, jadi macam nampak pendalaman la kot. Lagipun kitaorang tak biasa dengan Rantau Panjang Klang ni, selalu datang sini pun sebab pergi rumah mertua kakak tu. Kalau siang mesti tempat ni sibuk. Kedai steamboat ni tepi jalan je. Tengok dari luar, tempat dia menarik dan selesa.


Apa-apa pun jom makan..hahhaa.. Kitaorang amik kuah tomyam. Pergh!!, terbaik kuah dia. Pedas dan cukup rasa. Kuah macam ni yang best!!!


Anak tidur, aku mencekik la..







Kat sini memang makanan dia sedikit je, tak banyak pilihan macam steamboat dekat tempat lain, tapi banyak ni pun dah mengenyangkan dan puas hati tau. Kalau makanan banyak ni, semua dapat rasa..hehee..


Terbaiknya dekat sini sebab sos dia. Ada 6 jenis sos disediakan. Yang warna hijau tu Pudina Garlic nama dia..

Konsep dekat sini semua layan diri..hahaha..Ambil air pun sendiri. Buh ais sendiri, tuang air sendiri..semua sendiri la. Bestla macam tu..Ada air sejuk dan air panas. Air kosong pun ada.


Mak dengan ayah memang tak pernah makan steamboat, tapi bila diaorang dah cuba, diaorang kata sedap..hehee..





Ni la adik kita yang belanja tu.. Terima kasih..semoga dimurahkan rezeki. Oh dia tengah pregnant 7 bulan. Dapatla anak buah lagi..



Pencuci mulut semestinya ada..jangan risau. Macam biasa aiskrim la jadi pilihan. Aiskrim ambil sendiri. Nak senduk berapa banyak pun boleh.

Harga Murah sangat.Giler-giler murah
Dewasa: RM22.00
Kanak-kanak; RM11.00
( 7-12 tahun )
Bawah 6 Tahun : Percuma
Warga Emas : RM14.00

Untuk makluman Pembaziran setiap 100gram akan dikenakan bayaran sebanyak RM10.00






Kami gembira, senyum riang lepas menikmati makanan ni..Memasing dah kenyang..Kalau korang nak pergi boleh ke..

AWRA BAGUS Steamboat&Grill
Lot 3132 Jalan Kunci Air Rantau Panjang, 42100 Klang, Malaysia
Facebook;  https://www.facebook.com/AWRABAGUSsteamboatandgrill/

Tengok dekat facebook..siang diaorang buka kedai untuk makanan berlauk..wahh





SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Lama tak pergi layan steamboat dan bbq.. tengok kak nad post, terus teringin tetiba. Huaaa! Nanti boleh try kat sini pula

    ReplyDelete
  2. Lama tak makan mcm ni.selalubo johnys je.

    ReplyDelete
  3. Lama tak makan mcm ni.selalubo johnys je.

    ReplyDelete
  4. Menarik ni nad.
    Kat melaka pun ada stimbot gini.
    Api-api nama nyer...

    ReplyDelete
  5. saya sangat berterima kasih banyak MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan pesugihan dana ghaib nya kini kehidupan kami sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ternyata apa yang tertulis didalam blok MBAH RAWA GUMPALA itu semuanya benar benar terbukti dan saya adalah salah satunya orang yang sudah membuktikannya sendiri,usaha yang dulunya bangkrut kini alhamdulillah sekaran sudah mulai bangkit lagi itu semua berkat bantuan beliau,saya tidak pernah menyangka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan kami sekeluarga tidak akan pernah melupakan kebaikan MBAH,,bagi anda yang ingin dibantu sama MBAH RAWA GUMPALA silahkan hubungi MBAH di 085 316 106 111 insya allah beliau akan membantu anda dengan senang hati,pesugihan ini tanpa resiko apapun dan untuk lebih jelasnya buka saja blok mbah PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS