DIA DAH PANDAI MEMBERONTAK

in , by Nadia Johari, 00:57:00
hai assalammualaikum

Dia Dah Pandai Memberontak - Nad perasan sejak dekat kampung haritu, perangai Fariza lain sangat. Kalau sebelum ni dia la seorang yang baik, pendiam, tapi sekarang, dia lebih kepada menjerit, dan memberontak. Semua takut dengan sikap dia, sampai semua terpaksa mengalah..Nad pun terpaksa mengalah sebab taknak tengok dia sikap macam tu. Dasyat sangat anak aku oii....tiba-tiba bertukar jadi ganas..hahaha..


Pertama sekali, Fariza akan marah bila disentuh pipinya. Tu part paling dia tak suka..hahaa..Kalau orang besar, pegang lembut je, dia ok lagi, tapi kalau budak-budak, pegang lama, atau berkerumun pegang, memang dia akan marah. Lepas Fariza dah tak suka budak tu, bila budak tu nak dekat, dia dah menjerit dulu taknak..hahaa. Dia dah agak budak tu akan buat apa. Tapi, budak mana paham kan, kalau dia nak pegang, dia pegang juga. Yela geram dengan sepupu dia yang pipi macam pau ni..aduhh..

Kedua, bila Fariza dah pegang sesuatu barang, barang tu dah jadi milik dia. Tak boleh sesiapa ambil. Kalau ambil, dia akan memberontak dengan menghentak kepala ke belakang. ala..susah nak cakap, sebab tak da gambar..Marah dia lain macam. Dan nangis dia akan menjerit sekuat hati sampai ditahan-tahan. Jadi tak siapa berani nak ambil barang dia.


Ketiga, Fariza akan mula geram dengan menggigit bila dia tak suka orang tu. Ye betul!!..dia dah start mula menganga nak gigit bila geram. Tu belum ada gigi lagi, kalau dah ada gigi habislaa..

Sikap dia lain cepat rimas. Bila dia dah tak suka tu, dia memang tak suka. jangan dipaksa kalau tak lain jadinya..hahaha..nad yang tengok ni pun penin..aduhh..Lagi masa demam hari Malaysia haritu, semua tak kena, tu pun nasib sehari je demam. Sifat kedekut pun ada..hahhaha..kalau boleh dia taknak berkongsi dengan orang..Mula la bising..

Kalau dengan nad, memang nad kesian, tapi kalau dengan mr mafia, dia tegas dengan anak. Tapi Fariza dengar..ngrrrr..Harap dah besar nanti jangan garang-garang sangat ye sayang
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. garangnya fariza..takut auntie..:)

    ReplyDelete
  2. Pipi dia comel n gebu sangat..tu yang orang asyik nak "cubit" je kot?heheh...

    ReplyDelete
  3. saya sangat berterima kasih banyak MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan pesugihan dana ghaib nya kini kehidupan kami sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ternyata apa yang tertulis didalam blok MBAH RAWA GUMPALA itu semuanya benar benar terbukti dan saya adalah salah satunya orang yang sudah membuktikannya sendiri,usaha yang dulunya bangkrut kini alhamdulillah sekaran sudah mulai bangkit lagi itu semua berkat bantuan beliau,saya tidak pernah menyangka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan kami sekeluarga tidak akan pernah melupakan kebaikan MBAH,,bagi anda yang ingin dibantu sama MBAH RAWA GUMPALA silahkan hubungi MBAH di 085 316 106 111 insya allah beliau akan membantu anda dengan senang hati,pesugihan ini tanpa resiko apapun dan untuk lebih jelasnya buka saja blok mbah PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS