hai assalammualaikum

Empat Produk Makeup Dari Althea - Pertama kali nad beli barang makeup dekat Althea. Pertama kali juga buka website Althea ni. Rupanya macam-macam produk kecantikan dari Korea dekat situ. Sifat perempuan, sekali nampak makeup, memang tak terkelip mata. Nak usha semua barang dekat situ. Tapi untuk permulaan, nad pilih empat produk dulu yang nad perlukan sangat. Sebab barang makeup pun hampir habis. Nak membeli pun kena berfikir dulu, kalau ikut nafsu habis..hahaha..


Ni la empat produk dari Althea yang nad beli. Antaranya, bedak compact two way cake, big maker liner, selfie perfect eyebrow dan sponge.

Bedak Compact Witch Pouch Velvet Two Way Cake.


Bedak ni best sangat. Sangat ringan dan lembut dekat muka. Bila pakai lama, di bawah cahaya matahari, elok je, tak melekit dan tak nampak muka berminyak.

Skinny Brush Big Marker Liner Witch Pouch



Hah yang ni nad paling suka. Nad memang dari dulu suka pakai eyeliner. Nampak mata lagi garang. Kalau tak pakai macam mata tak bersinar je. Nad pilih eyeliner ni sebab dia punya besar dan mudah nak dipegang. Bila calit dekat mata, senang je nak dilukis, ditarik. Takde comot pun. Selesa je, mata pun nampak lawa je pakai eyeliner ni. Minat dah dengan eyeliner ni..Eyeliner ninjenis liquid.

Witch Pouch Selfie Perfect Eyebrow


Ni nad beli sebab tergoda tengok orang main makeup kening..hahaha. Sekali sekala nak cantikkan kening sendiri kan kalau pergi event mana-mana. Beli dulu, pastu kita belajar...hahaha..buat masa sekarang nad masih lagi belajar cara lukis kening ni ha..Bukan main susah lagi. Dah jadi macam Shin Chan. Tapi takpe, dah ade eyebrow ni, bolehla belajar bila-bila. Eyebrow ni siap berus dan pensel untuk lukis. Nak cantik sebenarnya kena bubuh concealer, nampaknya kena beli concealer pulak.

Sponge  ( Its My Magic Sponge )


Kalau sebelum ni nad pakai foundation gun tangan. Lepas tu guna berus. Pakai dua-dua ni, nad rasa masih tak sekata foundation dekat muka. Lepas tu beli la dekat Althea sponge ni. Dahla warna biru..pantang betul nampak warna biru. Bila nad blend foundation dekat muka, best sangat. Tap...tap..dekat muka, sekata je. Sponge ni tak lembut sangat tak keras sangat. Ok je. Tak berbau pun sponge ni. Sekarang bila pakai foundation, pakai sponge ni untuk ratakan. Lepas ni kena beli sponge ni lagi la, sebab taknak campur-campur guna..hehhe. Nka basuh pun senang je.


Ni la empat barang yang nad beli dekat Althea.kr. Kalau korang nak beli juga, boleh pergi ke website di my.althea.kr
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours