hai assalammualaikum

Fariza Dah Pandai Cemburu - Dengan usia dia yang baru je 11 bulan, dia dah pandai macam-macam. Anak bijak ni memang buat nad geram dengan dia je. Telatah dia buat nad selalu tersenyum. Selalu tengok anak buah, usia belum cecah setahun, macam biasa je, tapi Fariza, usia dia 10 bulan dia dah pandai cemburu. Keluarga nad semua pelik. Nad sendiri pelik..hahhaa..kejadian ni berlaku dekat kampung.

Masa tu, nad angkat anak buah sebaya Fariza. Nad belai dia, sekali Fariza ternampak dan menangis. Dia datang drkat dengan nad, terus tarik-tarik tangan nad. Tak bagi anak buah dekat denagn nad. Dia suruh turunkan sepupu dia tu. Bila nad bawak lari anak buah, Fariza kejar, hey!! pandainya awak..hahhaa..


Haritu pulak nad datang lawat baby baru. Kawan nad baru melahirkan anak sulung dia. Dia dapat anak lelaki. Ala comel je. Lepas tu saje nak tengok reaksi Fariza macam mana. Suka tak dia dengan baby. Bila nak dukung dan tunjuk dekat Fariza, nak tau apa Fariza buat??? ermmm..bolehnya dia tolak baby tu. Taknak cium pun..nampaknya dia belum berminat nak ada adik..eh...hahhaa..Tapi dia suka berkawan dengan budak. Nampak sangat dia tak suka berkongsi.

Fariza suruh letak baby tu..Lepas tu dia terus panjat nad, mintak peluk..


Dan lagi satu, dia cemburu bila nad dekat dengan mr mafia, daddy dia. Tak pun mr mafia dekat dengan nad. Antara salah satu. Nanti Fariza datang dekat, tolaknya kitaorang..haahha..Cemburu sangat..

Kejap je sekarang dah 11 bulan. Bulan depan dah setahun..haish la anak..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. Bila lah nak jumpa Fariza lagi :D

    ReplyDelete
  2. hahahhahaha pandai budak bertuah ni cemburu yeeeeeee amboiiiiiii bijak sangat anak auntie ni dah pandai guna emosi cemburu...mmmuahh

    ReplyDelete
  3. Hehehe pandai dah si comel ni. Perempuan org kata cepat pandai dan develop

    ReplyDelete
  4. salam kak,haha
    haritu ada jumpa satu video ni pasal bebudak yg cemburu bila ayah rapat/cuba bermesra dgn si mak. Baya-2 si fariza juga. hahaha..rasanya umur2 macam fariza dah boleh rasa 'terancam' bila org lain dekat dgn org yg dia rapat .

    ReplyDelete