hai assalammualaikum


Permbersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Dengan Formulasi Dipertingkat Dan Berwajah Baru - Perempuan ni memang selalu titiberatkan kebersihan diri. Tak kira dalam atau luar. Dari bahagian rambut sampaila ke bahagian kaki. Setiap sudut semua nak bersih. Lagi penting dekat bahagian yang tersembunyi. Walaupun orang lain tak nampak, tapi satu hari, akan ada orang nampak iaitu " suami ".. hehee..

Jadi, kebersihan ni kena dijaga dari remaja lagi. Lagi-lagi kawasan intim tu. Hah!! tau kan, kawasan mana??.. Kawasan ini kalau tak dijaga, memang akan rasa tak selesa, gatal dan beri bau yang kurang menyenangkan. Betul.., sebab nad pernah laluinya. Gatal dibahagian intim disebabkan guna pencuci yang salah. Memang bahaya, sebab di bahagian itu, banyak bakteria yang ada.

Penjagaan Semulajadi Untuk Kawasan Intim Yang Bersih Dan Sihat


Kalau sebelum ni, mesti ada yang cuci dengan sabun biasa je kan. Sebab tu tak elok. Jadi perlu guna pencuci yang memang khusus untuk kawasan tu. Barulah bersih dan sihat kan. Salah satu produk pembersih wanita yang korang semua dah tau iaitu Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu. Cuma kali ni, ia dengan formulasi dipertingkat dan berwajah baru.

Diformulasi dengan bahan semulajadi agar kawasan intim wanita bebas daripada bakteria, kegatalan dan bau yang kurang menyenangkan.
Bahan utama ekstrak daun sirih dipertingkatkan lagi dengan wangian semulajadi yang memberikan kesegaran berpanjangan. Dengan ph3.5 memang elok untuk pembersih.

Dengan bentuk botol yang mirip lekuk tubuh wanita, comel je kan. Jangan risau, produk ni HALAL. Ada 6 variasi wangian yang menarik untuk digunakan iaitu Orkid, Mawar, Floral, Musk, Gambir dan Fruity.

Ni antara 3 produk yang nad cuba iaitu:

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Gambir


Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Mawar


Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis.

Pembersih Wanita Daun Sirih Sumber Ayu Floral


Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria

Dalam banyak-banyak ni, nad lebih suka Mawar, sebab wangi sangat. Serius, sedap je bau dia. Lepas tu sejuk je macam ada angin dekat bawah ni ha..hahahaha..


Cara pakai pun mudah je, tuangkan sedikit dekat tapak tangan, lepas tu basuh dekat kawasan intim tu, dan bilas..senang kan..


Rangkaian Pembersih Khusu Wanita Dari Sumber Ayu boleh didapati di pasaraya dan farmasi berdekatan. Harga murah je, RM 3.60 untuk 90ml dan RM5.80 untuk 200ml.







SHARE 4 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS