hai assalammualaikum

Saloon Khas Untuk Lelaki - Selalu kita dengar, saloon dan spa hanya untuk perempuan sahaja, sekarang ada juga khas untuk lelaki juga. Jangan terkejut ye!!..lelaki pun nak di dandan macam perempuan. Dari kepala sampailah ke kaki. Lelaki sekarang menitikberatkan keterampilan diri dan kebersihan diri. Barulah nampak bergaya dan macho.

Nak cari saloon khas untuk lelaki memang susah. Dah lama nad cari, sebab nak bagi mr mafia rasa ketenangan selepas penat bekerja. Akhirnya , ada juga dandanan khas untuk lelaki ni di Kuala Lumpur. Selalunya, mr mafia kalau nak pergi gunting rambut, dia akan pergi ke kedai mamak. Jadi, kali ni, nad nak dia cuba merasai pengalaman barbershop di Gentlemen's Tonic, sebuah saloon yang mewah dan hipster di Solaris Dutamas.



Bila tengok dari luar, kedai dia berwarna putih. Boleh lihat betapa mewah dan ekslusifnya tempat ni seperti di luar negara. Mulanya Nad fikir, tempat ni hanya untuk gunting rambut sahaja, rupanya Gentlemen's Tonic, merupakan spa dan saloon khas untuk lelaki yang mempunyai urutan, pedicure, body treatments, facial dan macam-macam lagi la. Boleh dikatakan, rawatan pakej dari kepala sampaila ke kaki. Woowww!!..Yela penjagaan rambut, wajah dan seluruh anggota badan kan penting.

Hiasan Dalaman Yang Mewah Dan Memukau

reception
Interior
Living room
Kalau luar dah nampak eksklusif, apatah lagi bahagian dalam. Bila masuk je, dah terpukau dengan decoration yang nampak mewah walaupun ringkas. Perabot yang selesa. Susunan produk yang nampak kemas dan bersih. Bau wangian yang mempesonakan. Tak terkata bila masuk.



Tengok sahaja ruang gunting ni, nampak best kan. Setiap pelanggan dapat merasai treatment rambut dengan tenang je.


Kawasan facial treatment atau spa yang sangat selesa untuk pelanggan.


Sebelum nak digunting, akan disediakan minuman untuk pelanggan. Layanan istimewa di Gentlemen's Tonic. Terbaik kann..

Haircare And Styling Treatment 


Haritu, mr mafia dapat pakej The Shackleton iaitu di mana pakej ni untuk perkhidmatan Haircut and finish, beard trim or the traditional wet shave . Pakej ni selama 70 minit dan harga untuk pakej ialah RM190. Tengok harga memang nampak mahal, tapi cara danteknik yang dilakukan di sini mungkin ada istimewanya. Dengan produk yang istimewa datang dari Luar Negara.


Salah seorang pekerja di Gentlemen's Tonic yang akan melayan, mr mafia, Mr Maher namanya. Dialah akan menggunting dan mencukur misai mr mafia. Tukang gunting ni dari Luar Negara juga. Jadi kena cakap English dengan dia..hehee..Bila dia tengok rambut mr mafia memang dah sikit, dia akan cakap " nak botak habis atau tak "..dalam english la..nad terjemahkan dalam bahasa..hahaha..



Mulalah treatmentnya..Memandangkan mr mafia takde rambut, dan nak botak, jadinya tidak menggunakan gunting. Hanya menggunakan mesin dan shave bagi halus.


Siap ada muzik yang lembut masa tengah gunting ni. Jadi pelanggan boleh relaks masa jalani treatment ni.



Selepas gunting rambut, Mr Maher meletakkan syampoo di kepala dengan menggunakan produk Gentlemen's Tonic sendiri yang datang dari Luar Negara. Ia adalah untuk mencuci lebihan minyak di permukaan kulit kepala serta rambut. Lepas tu beri urutan sedikit.



Kemudian, sebelum shave, Mr Maher meletakkan warm towel supaya terasa segar dan melembutkan bulu-bulu supaya senang dicukur. Dibiarkan beberapa minit. Masa ni nak tidur pun boleh..hahaa..



Setelah beberapa minit, tuala panas dibuka, Mr Maher menyapu cream di bahagian janggut yang hendak dicukur. Cukuran menjadi lancar dan sempurna.



Ini adalah antara produk yang digunakan oleh Mr Maher.




Selain itu, banyak lagi produk yang ada di sini khas untuk penjagaan diri lelaki. Semuanya datang dari Luar Negara.


Selepas siap, inilah hasilnya..Mr mafia nampak lebih kemas dan selesa. Mr Maher cakap Mr Mafia nampak muda dari usia dia..kihkihkih. Mr mafia puas hati dengan perkhidmatan di sini. Kepala berasa selesa dan licin. Takda kasar macam dekat kedai mamak tu.

Ruang VVIP



Untuk yang inginkan privacy, Gentlemen's Tonic ada menyediakan bilik VVIP. Bilik ni memang besar, kalau nak buat meeting atau lepak dengan kawan sambil bertreatment pun boleh. 

Serba Sedikit Tentang Gentlemen's Tonic
Gentlemen's Tonic telah ditubuhkan ditubuhkan pada tahun 2004 di Barkeley Square, khas bagi lelaki moden mendapatkan perkhidmatan kedai gunting rambut tradisional dan pelbagai gaya hidup dan perkhidmatan dandanan.

Nama Gentlemen's Tonic menggambarkan dua aspek: Gentlemen's menunjukkan bahawa perniagaan ini adalah khusus secara eksklusif untuk keperluan lelaki dan Tonic melambangkan sifat-sifat pemulihan pengalaman jenama.

Gentlemen's Tonic memenangi anugerah Babassu & produk Bergamot yang telah dilancarkan pada awal tahun 2008, direka untuk keperluan dandanan rumah anda dan sepenuhnya bebas daripada bahan-bahan sintetik, bahan kimia berbahaya dan parabens.

Gentlemen's Tonic mempunyai lokasi di beberapa bandar-bandar utama iaitu Abu Dhabi, Dhubai, Hong Kong, Kuala Lumpur, London, Mexico dan New Delhi.

Di Kuala Lumpur, Gentlemen's Tonic mula ditubuhkan pada July 2016.


Bukan sekadar Barbershop, Gentlemen’s Tonic juga berjaya merangkul beberapa anugerah berprestij di seluruh dunia.

• Gentlemen’s Tonic, Mayfair WON Best Grooming Destination – Shortlist Grooming Awards

• Classic Shave Cream WON ‘Best Shave Cream’ – Men’s Health Grooming Awards 2015

• Structure WON ‘Best Hard Hold Styling Product’ – Men’s Health Grooming Awards 2015

• Sinsa WON ‘Best Evening Scent’ – Men’s Health Grooming Awards 2015, Singapore

• Pre Shave Oil WON ‘Best Pre Shave Treatment’ – Men’s Health Grooming Awards 2014

• Daily Moisturiser WON ‘Best Moisturiser’ – August Magazine Grooming Awards 2014

• Soothing Aftershave Balm WON ‘Best Aftershave Product’ – Men’s Health Grooming

• Exfoliating Facial Scrub nominated for ‘Best Facial Cleanser / Exfoliator’ in the Shortlist

• Traditional Shave Cream shortlisted for ‘Best New Shaving Product’ in the Shortlist Men’s

• Voted Men’s Spa of the Year 2011 – Asia Spa Awards

• Voted ‘Best Male Grooming Salon of the Year 2010’ at the UK Professional Beauty Awards

• Gentlemen’s Tonic, Mayfair WON Best Day Spa – British Aiways High Life Magazine 2009


Bagi lelaki yang ingin merasai pengalaman, dan ingin kelihatan lebih macho dan menjaga keterampilan tu bolehlah ke
Gentlemen’s Tonic Solaris Dutamas
D5 - G3 - 3, 43-49 Solaris Dutamas, No 1, Jalan Dutamas 1, 50480, Kuala Lumpur 
Telephone number: +60364128660 
E: fiqri@gentlemenstonic.com
Facebook: Gentlemen’s Tonic Malaysia
Instagram: Gentlemen’s Tonic Kuala Lumpur 
Website: www.gentlemenstonic.com


Operation Hours: Open daily 10am – 9pm





 

 






Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. menarik ni.. tentu ada lelaki yang teruja dengar adanya spa lelaki ni..
    maher ni ingatkan maher zain.. haha

    ReplyDelete
  2. wah menarik..bertambah hensem la bro kita

    ReplyDelete
  3. wow menarik ni, boleh bawak Mr Big cuba nanti ek

    ReplyDelete
  4. wahhh bagusnya dah ada salon dan spa utk lelaki.. boleh belanja husband manjakan diri ni..

    ReplyDelete
  5. Wahhhh memang exklusif tempatnya. Puas hati walau harga mahal. Sesuailah dengan tempat dan perkhidmatannya.

    ReplyDelete