hai assalammualaikum

Tiba Masanya Suami Jadi Mangsa - Dia dah tunjukkan kemanjaan dia dekat daddy dia. Dia dah berakal, untuk melihat setiap gerak geri dan apa yang dilakukan oleh daddy dia. Dia dah tau merengek bila daddy hilang dari pandangan. Dia dah tau nak ikut ke mana sahaja daddy dia nak pergi...hehehe..Akhirnya, mommy  hilang ringan beban sikit..hehehe..Baru daddy tau macam mana rasanya anak nak melekat 24 jam.


Nampak tak, bukan main manja lagi dia dengan daddy dia. Mintak di dukung, sebab taknak daddynya hilang. Mommy, dia dah tak pandang dah. Dia cari mommy dia bila lapar, berak dan nak tidur. Kira mommy ni stok makanan dia. Bila dah kenyang dah selesa, terkinja-kinja cari daddy.


Fariza: Daddy, daddy duduk sini diam-diam tau..main dengan Fariza.
Dady: Baiklah..


Bila daddy layan main, bukan main syok lagi. Duduk baik je. Daddy bantai tidur pun, dia masih duduk baik sebelah daddy dia.

Orang cakap, anak perempuan ni memang manja dengan ayah. Lagipun muka Fariza dari kecik memang ikut muka mr mafia. Jadi semua orang cakap anak daddy la ni..hahaha..Dari bulan lepas dia tunjukkan sikap manjanya dekat daddy dia. Nak kata mr mafia ni lembut, takde pulak. Dia garang sikit dengan Fariza. Yela, anak perempuan, kena didik dengan betul kan. Kena beri perhatian lebih, sebab perempuan ni emosinya lain sikit. Tapi garang mana pun dia tetap nak daddy dia.

Baru daddy tau macam mana susahnya nak buat kerja bila anak nak membontoti ke mana je kita pergi..hehehe..Ada bagusnya, dah besar boleh jadi pembantu daddy dia kan..heheh..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. rindu dedi ni... pipi tu tak kempis kan fariza hhahahaa

    ReplyDelete
  2. Ringan skit mommy nyer ... Tak de lah asyik nak berkepit jer ...

    ReplyDelete