hai assalammualaikum

Rancangan Gegar Vaganza - Dari Gegar Vaganza pertama sampaila nak masuk ketiga ni, nad suka tengok. Gegar Vaganza ialah sebuah program realiti terbitan Astro yang menyaksikan 12 penyanyi professional lama atau berpengalaman dalam industri muzik di Malaysia bersaing dalam satu pertandingan nyanyian. Rancangan realiti TV ini disiarkan di Astro Ria (104 & 123).

Sebab Gegar Vaganza Diminati

1) Artis lama muncul kembali
- Apa yang kita tengok, semua artis yang pernah menyinari dunia hiburan suatu ketika dulu. Semua artis ni memiliki suara yang masih mantap dan sedap didengar. Artis yang dah berpuluh tahun tak pernah kembali dalam dunia hiburan, dapat kembali menyanyi. Perghh!!..memang terbaik, sebab muka dahulu lain dengan sekarang, tapi suara masih mantap.

2) Lagu lama muncul kembali
- Konsep Gegar Vaganza yang lebih mengutamakan lagu-lagu yang pernah popular di era 80an dan 90an sememangnya menjadi. Lagu-lagu di dua zaman itu kebanyakannya malar segar, dan sudah tentu membuatkan penonton ternanti-nanti gaya persembahan dan nafas baharu dari peserta yang bertanding. Lagu-lagu laam ni feeling dia rasa lain sikit. Boleh mengamit memori kau..hehee. Lagi satu boleh nampak tak rentak, maksud sesebuah lagu lama dengan sekarang macam langit dengan bumi. Walaupun lagu lama, tapi masihingat lagi bila dinyanyikan..

3) Pengacara yang happening
- Dua pengacara yang tidak asing lagi, Nabil dan Jihan.Kalau sebelum ni, tengok jihan susah betul nak buat lawak, tapi makin lama makin happening program tu dengan dua orang ni. Diaorang makin serasi dalam mengacara. Lawak semakin menjadi. Nabil terutamanya, sering dikritik gara-gara sikapnya yang gemar menyampuk ketika juri memberikan komen. Namun hakikatnya, mereka adalah penyumbang kepada kemeriahan Gegar Vaganza.

4) Juri 
- Part ni nad suka tengok Tok Ram iaitu Datuk Ramli MS..hahaa..muka nampak garang, tapi kalau dah tergelak, si Nabil buat lawak, dia pun nak buat lawak juga. Pandai dah Tok Ram ni..hahaa. beliau tampak lebih relaks, sekaligus menyerlah sisi humour yang dimilikinya.

Ni bestnya Gegar Vaganza. Memang layan sampai habisla..
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Season ni semua best². Target Siti Sarah juara ni...haha.
    Singgah bw dari Senarai Rakan Bloggers FB Mialiana.com. Done follow (^^,)

    Regards,
    SNM_Yana Afi Mohamed
    ***Bloglist Nov~Dis 2016 by Yana Pink Blossom***

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2