hai assalammualaikum


Jualan Barang Penghabisan Stok Di dewan Meru - Haritu nampak kawan post gambar, dia belikan mainan untuk anak dia. Harga mainan anak dia tu RM5. Jadi minggu lepas nad pun balik Meru sebab nak sambut birthday Fariza yang pertama. Jadi dapat pergila ke jualan barang penghabisan stok ni. Masuk-masuk semua barang-barang baby dan budak-budak. Ada pakaian, mainan dan macam-macam lagi la.


Tengok harga, memang banyak diskaun, ingat harganya bawah RM20 semua, rupanya tak..hahaha..Datang sini memang kena tengok dengan teliti, kalau nak harga murah. Tapi bila ditengok balik barang-barang dekat sini ada yang berjenama. Jadi kira murahla bila dapat diskaun macam ni. Diskaun banyak pula tu.






Pergila ke tempat mainan. Mula-mula dibagi patung perempuan yang dalam cerita woody woodpecker tu..tapi lepas tu dia ternampak patung binatang apa ni namnya ntah. Dalam banyak-banyak barang, patung kecik tu juga dia nak..Tengokla video tu..taknak lepas patung kecik tu..hahaa. Bagi besar taknak. Patung kecik yang dia pilih tu jenama ban dai..Bila nad tengok balik, jenama tu mahal kalau dekat luar. hampir RM80 ke atas la. Tapi nad beli dekat sini, harga patung ni pun dah RM19 tak silap..kohkoh. Nampak tak murah. Berkualiti ni. Memang dia sayang giler dekat patung ni. Siap di bawa tidur


Biasalah, kita ni mak-mak pantang tengok benda comel. Dah terbeli bantal kuning ladybird tu. Dia tulis harga diskaun 30%.. Bantal ni pun untuk Fariza, yela bila dia terlena dekat luar,, ada bantal selesa ni..hehehe. maafla mr mafia, dapat isteri macam ni, tapi semua untuk keselesaan anak juga..hehee..Terima kasih belanja.

Event ni sampai 2 November. Jadi orang Meru, bolehla pergi tengok-tengok..hehee..Dah tengok mesti terbeli..hahaha..


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. amboi mesti Fariza suak dapat bantal dan baju baru.. banyak boleh beli tu...

    ReplyDelete
  2. salam kak,rasanya sama ada 22/29 okt haritu saya ada datang sini,tapi saya lepak library la sekejap.. tertanya juga dkt dewan tu ada apa,meriah semacam.. rupanya ada sale.. haha nak singagh pun tak best juga tak ada anak ke anak buah ke apa.. huhu..karang beli utk diri sendiri pula..

    lol

    btw,saya dah add akak dkt fb : nama (nxr nabar)
    pic mmg tak ada pun letak mana2 socmed,huhu..

    ReplyDelete