hai assalammualaikum

Patahnya Sebelah Sayap - Episod pertama bermula, dan nad pun terengok. Cuba layan cerita ni sampai habia. Wah!!macam best. Kadang ada drama mula je dah tak berapa best. Nad selalu tengok cerita bukan tengok pelakon sangat, tapi tengok jalan cerita..hehe.Pelakon yang berlakon dalam cerita ni pun pelakon hebat.

Sekarang dah episod ke berapa pun and dah lupa..ehehe. Drama Patahnya Sebelah Sayap akan dibintangi oleh Ummi Nazeera, Aeril Zafrel dan Izzue Islam. Antara barisan pelakon lain yang turut menjayakan drama ini adalah Wawa Zainal, Syainie Shuhaimi, Normah Damanhuri, Zainab Othman dan Neera Azizi.

Kenapa Suka Cerita Ni,


Mulanya nad tengok, dua pasangan ni, iaitu Wawa zainal dan Aeril Zafrel. Dah memang pasangan sah, masa berlakon romantik je. Dah lama tak tengok diaorang berlakon. Jadi terus layan. Lagi satu pasangan bahagia Ummi Nazeera dan Izzue Islam. Sekali Izzue dapat kerja bagus, tetiba makcik sebelah hasut mak izzue supaya jangan bagi rapat izzue dengan ummi nazeera. Yang nad tak paham, makcik tu dah kenapa, dok sibuk nak hasut-hasut...hahaa..Ingatkan nak kenankan dengan anak dia ke, tapi takde pulak. Mungkin dia bengang dengan mak ummi kot..haha..kisah silam agaknya..tak tau la. Ummi ni pulak baik hati giler, kadang belanja izzue apa-apa..fuhh..

Lepas tu kes dimana, Izzue dan Ummi telah melanggar orang dan lari. Maknanya kes langgar lari. Orang yan dilanggar ialah Wawa Zainal. Jadi untuk lakonan wawa dah takde. Sekejap dia berlakon..hehe..Lagipun nad pernah dengar yang Wawa tak suka berlakon dengan suami dia, sebab nanti semua tak kena, yela ni salah, tu salah..hahaa. Ok teruskan cerita, Ummi suruh izzue bagitau polis, tapi izzue taknak, jadinya dua-dua diam, tapi akhirnya ummi kena tangkap dengan polis kes langgar lari tu. Macam mana polis tau, lupa pulak, terlepas scene tu..hahaa. Yang geramnya dah kenapa ummi taknak bagitau izzue tu terlibat sekali..haishh..Dah sengsara sorang-sorang dalam penjara.

Dua Tahun sudah, Ummi pun keluar penjara, tapi maknya meninggal. Lepas tu Izzue pulak dah tak suka dengan Ummi. Huh!!..memnag takyah dengan lelaki macam Izzue tu. Dan Ummi memang lucky, tiba-tiba ada orang kaya suka dia. Dengan hanya memandang sahaja..perghh..hehe...Aeril Zafrel la, tapi sebenarnya Aeril ni suami kepada wawa zainal yang kena langgar lari tu. Romantik snagat Aeril berlakon. Cakap direct terus dia suka Ummi..hehee. Lepas tu..tengok jela cerita ni ye..


Sinopsis Patahnya Sebelah Sayap Di TV3

Drama Patahnya Sebelah Sayap adalah tentang Alisha lakonan Ummi Nazeera yang merupakan seorang gadis kampung yang setia mencintai Amzar. Hubungan Alisha dan Amzar lakonan Izzue Islam sangat bahagia pada awalnya. Sementara Amzar keluar mencari kerja, Alisha banyak membantu keluarga Amzar.

Satu hari Amzar lulus temuduga dan diterima bekerja sebagai seorang penguam di sebuah firma guaman. Alisha sangat teruja bila mendapat tahu bahawa Amzar berjaya menjadi seorang peguam, kerjaya yang selama ini diidamkan Amzar. Demi untuk memastikan Amzar selesa ke tempat kerja, Alisha membeli beberapa helai kemeja untuk kekasih hatinya itu sebagai tanda sokongan.

Kerana komited dan fokus bila menjalankan kerja, Amzar berjaya memenangi kes pertama yang dibicarakan. Amzar meraikan kejayaannya itu bersama Alisha di sebuah kedai makan. Amzar juga tidak melepaskan peluang untuk melamar Alisha. Alisha yang masih teruja dengan kejayaan yang baru dikecapi Amzar terus menerima lamaran itu.

Dalam perjalanan pulang selepas meraikan kejayaan Amzar, mereka berdua bergurau senda dalam kereta Alisha yang kebetulan waktu itu dipandu oleh Amzar. Tiba-tiba ada sebuah kereta hampir melanggar mereka dari arah bertentangan. Amzar cuba mengelak tetapi dia pula yang terlanggar sesuatu. Kerana hujan yang sangat lebat ketika itu, Amzar dan Alisha tidak nampak apa yang dilanggar. Amzar akhirnya turun dari kereta untuk melihat apa yang telah dilanggarnya. Bila dia kembali semula ke dalam kereta, Amzar berdalih mengatakan dia terlanggar sebuah tong besar.

Satu hari ketika Alisha sedang membelek surat khabar, dia terbaca sebuah artikel tentang satu kes langgar lari. Kejadian itu berlaku pada waktu yang hampir sama ketika dia dan Amzar terlanggar sesuatu. Hati Alisha mula tidak sedap, dia yakin insiden itu ada kaitan dengan mereka.

Belum sempat dia berbuat apa-apa, datang pula sekumpulan anggota polis ke rumah Alisha dan menahannya. Alisha dituduh sebagai suspek utama kes langgar lari tersebut. Mula-mula Amzar berjanji untuk membela Alisha tetapi bila kes mula dibicarakan di mahkamah Amzar tidak bersuara dan membiarkan Alisha bersendirian menjalani tempoh hukuman dua tahun yang dikenakan ke atasnya.

Selepas Alisha dibebaskan, dia bekerja sebagai tukang cuci di pejabat Kuzairi lakonan Aeril Zafrel. Sebenarnya Kuzairi adalah suami kepada mangsa langgar lari insiden dua tahun lepas. Namun hal itu langsung tidak diketahui Alisha.

TAJUK DRAMA : DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP
Bil Episod : 15
Waktu Mula tayang : 20 September 2016
Waktu Tayangan : Isnin-Rabu , Jam 10.00 malam

Tak sabar nak tunggu episod seterusnya..fuhh..harap dia pilih Aeril a.k.a Kuzairi.
SHARE 20 comments

Add your comment

  1. citer ni memang best..kiteorg satu family layan cter ni..heheh

    ReplyDelete
  2. Dah lewat sgt tyangan citer ni.. Tak mampu nak layan.. Tak nk tgk dulu.. Nnt ketagih..

    ReplyDelete
  3. saya sangat berterima kasih banyak MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan pesugihan dana ghaib nya kini kehidupan kami sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ternyata apa yang tertulis didalam blok MBAH RAWA GUMPALA itu semuanya benar benar terbukti dan saya adalah salah satunya orang yang sudah membuktikannya sendiri,usaha yang dulunya bangkrut kini alhamdulillah sekaran sudah mulai bangkit lagi itu semua berkat bantuan beliau,saya tidak pernah menyangka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan kami sekeluarga tidak akan pernah melupakan kebaikan MBAH,,bagi anda yang ingin dibantu sama MBAH RAWA GUMPALA silahkan hubungi MBAH di 085 316 106 111 insya allah beliau akan membantu anda dengan senang hati,pesugihan ini tanpa resiko apapun dan untuk lebih jelasnya buka saja blok mbah PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL

    ReplyDelete
  4. kita ada tengok episod yg awal,tak ingt yang ke berapa tapi yang ummie kena tangkap la,masa tu geram juga dgn keluarga izzue sbb tak kenang budi,berlagak terus menyampah nak layan dah.. hahaha

    ReplyDelete
  5. x sabar nk tgk final of the final this episode.. now episode 8...nk tengok si amzar berlagak x kenang budi tu..dgn mknya yg sombong bongkak..mcm kera dapat cincin tu...ada lg ek org mcm ni dlm dunia ni..x tau anknya pembunuh...zafriel so so romantika d amour...x sabar nk tggu next week.....

    ReplyDelete
  6. Best gila cerita ni..lagi best sebab ada umi nazira..heheh...akak suka dia berlakon..

    ReplyDelete
  7. saya tak layan drama tapi hat ni saya gila! setiap hari tak sabauuu nak tunggu pkl 10 mlm! Hahaha :P

    ReplyDelete
  8. Geram jer laki mcm Amzar ni. Tak kenang budi langsung! Haish, rasa nak belasah pon ade. Hmm, agak2 ade lagi tak realitinya laki mcm ni? Memang terbaiklah Patahnya Sebelah Sayap. Banyak pengajaran selain permainan emosi yang cukup dasyat kpd penontonnya...

    ReplyDelete


  9. Do you need an urgent loan we offer worldwide loan to who in need of loan the business opportunity you having being looking for is here again. email us now at: mohanmendcompany01@gmail.com

    ReplyDelete
  10. Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman dari syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya maka hubungi kami sekarang untuk kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan. kami menawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui e-mel:
    mrwilliam751@gmail.com

    (1) Nama Penuh
    (2) Alamat Penuh
    (3) Negara
    (4) Umur
    (5) Pekerjaan
    (6) Beritahu nombor telefon
    (7) Seks:
    (8) Jumlah Pinjaman yang diperlukan:
    (9) Tempoh Pinjaman

    Email kami di: mrwilliam751@gmail.com

    ReplyDelete
  11. There are so many online casino net websites now offered, that the player/gambler will have no problem choosing what he wants to play. login motobolapoker

    ReplyDelete
  12. Awesome article, it was exceptionally helpful! I simply began in this and I'm becoming more acquainted with it better! Cheers, keep doing awesome! Slotxo

    ReplyDelete
  13. I truly awed after read this in view of some quality work and instructive considerations . I just wanna express profound gratitude for the essayist and want you to enjoy all that life has to offer for coming!. gamblers bonus

    ReplyDelete
  14. Easy to apply, stable, safe, fast with automatic system Recognized as the best, 24-hour care service ยิงปลา

    ReplyDelete
  15. If looking for a casino website Unique and the answer to most players, free credit to many, the best. I have to admit that these things are Therefore is another real good thing And real quality K9WIN

    ReplyDelete
  16. It is reliable and has a world-class international standard to support online gambling. All forms are At home betting sites Get real money at home Baccarat Baccarat the best online casino All time hits SLOT22TH

    ReplyDelete
  17. We have a team to take care of them specially. If you need help We have a customer care team 24 hours a day. Offers many privileges to meet customer needs Every player Keep member information best UFA365

    ReplyDelete
  18. To choose our website as a gambling website in mind always Because of the gambling web that we provide. There are many different types. And is a website that is complete in one website At our website there are various casino games. Giving you the option to play as many as possible UFA350

    ReplyDelete
  19. SAGAME66 The number 1 online gambling website that has gathered playing All online gambling includes sports, live casino, poker games, lottery, fish shooting, with many bonuses and promotions.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS