hai assalammualaikum

Safi Shayla Pek Fleksi Lebih Jimat Dan Fleksibel - Nad pernah pakai syampoo Safi Shayla ni. Memang best. Pertama kali keluar iklan memang terpengaruh sebab botol dia yang cantik dan warna warni tu. Lagi satu, sebab ada Habatus Sauda yang banyak manfaatnya. Korang boleh baca entry nad tentang penjagaan rambut dengan shampoo Safi Shayla ni.


Memang kemana-mana nad bawak botol shampoo ni kalau pergi bercuti. Berat memang la, tapi nak buat macam mana. Tapi hati nad gembira bila dapat tau Safi ada keluarkan shampoo Safi Shayla ni jenis Pek Fleksi. Lebih jimat dan Fleksibel..wihuu..SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya Habbatus Sauda memperkenalkan satu solusi penuh inovasi ,SAFI Shayla Pek Fleksi

Paham-paham jela bila ekonomi makin meningkat ni, semua barang nak naik. Kita sebagi pengguna sebolehnya nak cari barang murah. Nak tunggu sale bukan selalu. Nak taknak terima jela harga yang ada. Pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi.Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.


SAFI Shayla Pek Fleksi mudah guna boleh digunakan terus atau digunakan sebagai pek isian semula. Boleh juga digunakan sebagai pek kembara. Kualiti syampu dikekalkan agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.

Inovasi Pek Fleksi merupakan inovasi pertama dalam industri syampu. Diambil dari perkataan "fleksibel" iaitu sesuatu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan. SAFI Shayla melengkapkan kehidupan wanita bertudung yang sentiasa mencari produk berkualiti pada harga mampu milik. Dengan satu syampu pada satu harga,pengguna boleh menggunakannya pada tiga keadaan yang berbeza.



Warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu SAFI Shayla Pek Fleksi dikekalkan sama dengan format asal SAFI Shayla pek pam dan botol,agar dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari produk ini.Pek inovasi bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa kemana sahaja Malah pek ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik 65% lebih kurang.


Shampoo Safi Shayla boleh didapati di mana-mana pasaraya di seluruh Malaysia dengan harga cuma RM14.65 sahaja satu pek tu. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI ni, korang boleh terus ke laman facebook SAFI, Instagram atau tonton di Youtube SAFI . Link kat bawah ye =)

Facebook  | www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram | www.instagram.com/SAFI@safimalaysia
Youtube    | www.youtube.com/safimalaysia  


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. muja pun suka gak shayla.. mmg best.. both shampoo and conditioner.. lepas habis shampoo ni, nak kena beli yang ni la kot. :D

    ReplyDelete
  2. macam2 jenis pun ada, bagus boleh cuba

    ReplyDelete
  3. Mmng pkai safi.. tp blm try safi shayla lg..

    ReplyDelete