BERMAIN BERSAMA ANAK, TUNJUK DAN AJAR

in , by Nadia Johari, 02:20:00
hai assalammualaikum

Bermain Bersama, Tunjuk Dan Ajar - Fariza semakin membesar, sekaran dia dah berusia setahun 26 hari. makin lama, dia makin bijak dan boleh berfikir sendiri. Apa yang kita buat, yang dia nampak, dia akan ikut. Kanak-kanak yang sihat akan membesar dan dapat belajar sesuatu perkara yang berlaku di sekeliling mereka dengan lebih baik. Cabaran menjadi seorag ibu dalam mendidik anak, Nad akui bukan mudah. Sejak jadi ibu ni macam-macam nad perlu belajar. Sebab budak sekarang memang pandai..ehhee.

Bila nad bersama Fariza, nad akan bermain dengan dia. Sebab dengan bermainla dia dapat belajar sesuatu perkara baru dan mempelajari bahasa. Nad akan meluangkan masa berkualiti dengan bermain bersamanya. fariza memang suka bermain bila ada kawan, jadinya dekat rumah ni, nadla kawan dia. Kalau bukan nad, daddy dia ada. Semasa bermain, nad akan pastikan, nad pun turut bermain dengan dia, bukan tengok sahaja atau keluarkan kata-kata sahaj, sebab cara macam tu, budak takkan paham.

Mainan Montessori Dari Toysdirect.my 



Mainan ni nad dapat dari Toysdirect,my. banyak mainan pendidikan dekat situ kalau korang nak. salah satu mainan ni ialah M&M. Ala makanan ringan tu, tapi yang ni mainan, besar-besar pulak tu. Bestnya mainan ni berwarna-warni. Budak kan tu yang berwarna ni. Jadi diaorang akan fokus lebih.


Mainan ni dalamnya jeli, tapi untuk Fariza, belum boleh lagi. Kang di makannya jeli tu. Tunggu dia besar baru boleh main jeli tu.


Tapi mainan ni nad tak simpan, nad bermain cara lain. Caranya, masukkan barang dalam botol sambil mengira. Benda ni besar, bila dipegang pun ok je. Lepas tu ambil botol, buka penutup dan suruh dia masukkan mainan M&M ni dalam botol.

Bermain Aktiviti Bersama Anak





Jadinya, nad akan tunjuk dan ajar Fariza membuat sesuatu perkara tu. Cara nad ajar dia, Nad akan ambil tangan dia, dan suruh dia pegang mainan tu dan masukkan tangan dia dalam botol. Buat berulang kali, sampai dia belajar sendiri masukkan. Hasilnya berjaya, akhirnya dia masukkan sendiri mainan tu dalam botol. Cara ni juga boleh mengajar anak mengemas barang mainan dia, selepas bermain. Kita turut sama berkemas.

Berikan Pujian

Masa dia buat tu, nad akan berikan pujian kepada Fariza seperti menepuk tangan dan berikan kata-kata semangat seperti “Waah pandai lah dia” atau “Bagusnya anak mama ni” dan “Yay, pandai!”. Nanti Fariza pun tepuk tangan sama. Lepas tu dia buat lagi dan lagi masukkan barang tu..hehe. Kita mak ni yang seronok juga.

Peranan ibu bapa sangat penting dalam meningkatkan kemahiran bermain. Ibu bapa membantu perkembangan si kecil adalah dengan memberi sokongan, tunjuk ajar, masa serta ruang untuk kanak-kanak mengembangkan kebolehan bermain mereka tanpa paksaan atau sekatan.

Satu peraturan yang perlu diingati ibu bapa , jangan menjadi seperti cikgu kepada anak yang seringkali suka ‘menilai’ kebolehan anak. Tapi jadilah ibu bapa yang ‘menerima’ apa saja yang ditonjolkan anak-anak, sama ada positif atau negatif. Berikan galakan, rangsangkan minat mereka dan terus memberi mereka rasa seronok dalam apa saja aktiviti yang dilakukan.

Setiap sesuatu adalah pembelajaran, baik berjaya atau tidak. Bagi anak-anak kecil, proses pembelajaran mereka adalah sepanjang masa. Jadi kena selalu bagi mereka rasa seronok untuk mencuba.
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Mak fariza cikgu yang pandai.. Untung fariza..❤😘😘

    ReplyDelete
  2. main dengan anak berkualiti masa kita

    ReplyDelete
  3. Siap ada jeli dalam mainan tu ya. Menarik betul

    ReplyDelete
  4. Ralit eh dia dapat mainan tuuu :) Hehe

    ReplyDelete
  5. yup.. pujian yg positif untuk anak2..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2