hai assalammualaikum

Aktif Di Waktu Malam - Pukul 8.30 malam dia dah tidur, ingat sampai ke esok pagi, tiba-tiba dengar bunyi pintu, dia pun terbangun. Cepat-cepat bagi susu, dia sambung balik tidur, tapi lepas tu bunyi pintu lagi, daddy dia balik, terus bangun dalam pukul 11 malam. Ermm, terus bulat mata dia dan segar bugar. Dan jadi masalah, dia akan terus bermain, sampai pagi. Melainkan nad, tutup semua lampu tv, baru dia tidur, tapi tu pun amik masa..ermm..

Kalau bab tidur, memang tidur dia tak tentu. Tak boleh nak agak, sebab dia sekarang lebih suka bermain. Nad pun tak pernah paksa dia suruh tidur ikut time yang sepatutnya, sebab dia akan marah, lepas tu sama je taknak tidur. Sama la macam kita orang dewasa ni, bila taknak lelapkan mata, mestilah tak boleh nak tidur kan. Jadinya nad biarkan dia main puas-puas, bila dia rasa nak tidur, dia akan datang dekat nad dan susu. Memang jadual tidur dia lain sangat..hahaa.

Bila dah tidur lewat, bangun pagi pun lewatla. Tengahari makan, dia dah kenyang, mintak ngempeng, tidur balik. Petang bangun, lepas tu main, mandikan petang tu, malam kang dalam pukul 8.30-9 malam dia akan tidur. Fariza boleh tidur sampai esok pagi, kalau senyap sunyi dan gelap, dan susu badan nad. Lagi alam bila dia tidur atas badan nad sambil susu. Tapi kalau diletak dekat tilam lepas tu ada bunyi sikit je dia akan terbangun. Nad pun tak boleh nak ngempengkan dia je, nad pun ada keje dengan kemas rumah dan blog . Nak taknak biarkan dia bangun.



Tengokla, bila mata segar, main sampai senyum..siap ajak daddy dia main. Tapi daddy dah ngantuk..ahhahaa..kesian anak mommy. Mommy jela yan layan dia malam-malam ni ha..Dah penat tidur la dia..

Tunggu dia besar baru paham suruh tidur..sekarang memang takla..


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours