USIA SETAHUN BARU TUMBUH GIGI, BARU TUMBUH GIGI, PERTUMBUHAN GIGI BAYI, BAYI TUMBUH GIGI

hai assalammualaikum

Fariza Tumbuh Gigi - Perkembangan Fariza nad tengok dengan mata sendiri, alhamdulillah, syukur sangat. Memang nad impikan dari dulu, sebelum kawin lagi, kalau ada anak, nak jaga anak sendiri. Taknak bagi orang lain jaga, sebab ibu bapa jaga lain, orang lain jaga anak kita lain. alhamdulillah, Fariza dapat kasih sayang sepenuhnya daripada mommy dan daddy. Dari merangkak, memanjat, berjalan, makan, dan sekarang  lagi perkembangan Fariza ialah tumbuh gigi..hehee.


Nad tak pernah risau pasal perkembangan dia. Sebab nad tau, budak ni lain-lain. Ada yang cepat, ada yang lambat. Macam Fariza umur setahun dua minggu baru gigi dia nak muncul..hehee..Sebelum ni memang nad perasan kat gusi ada putih, tapi masa tu ingat gusi, sebab rasa takda tajam pun. Jadi tunggu jela, kalau betul gigi, nah dah keluar. Bila rasa, ada tajam dah..hehehe. Tu dia..

Selalunya kalau anak nak tumbuh gigi ni, mak-mak mesti risau, yela takut dia demam, sakit, tapi bagi nad, alhamdulillah, Fariza takda demam atau gigit puting masa susu. Baik budak ni..hahaha. Fariza setakat ni memang elok walaupun kena cucuk. Syukur sangat..

Takde pulak dia tunjukkan tanda-tanda nak tumbuh gigi..hahaa. Sebab dia main macam baisa je. Cuma dia suka mengutip jela..tu jela kerja dia. Menggigit barang pun ye. Oh tu mungkin salah satu tanda dia, tapi nad ingat tu perkara baisa budak buat..huhuhu..

Pertumbuhan Gigi bayi

Kalau dilihat carta perkembangan tumbesaran bayi atau ditanya secara general pada doktor kanak-kanak, secara umumnya, bayi mula tumbuh gigi pada usia 6-12 bulan dan akan keluar sepenuhnya ketika berumur 24 bulan. Kemunculan gigi pertama adalah petanda yang menunjukkan bahawa bayi anda sedang membesar. Pertumbuhan gigi bayi juga terjadi dalam bermacam-macam keadaan dan sangat bervariasi. Gigi pertama yang keluar dipanggil gigi susu.

Gigi susu ni biasanya akan tumbuh seawal usia 3bulan & ade yang lambat sikit sampai umur 12bulan baru nak tumbuh pun ada. Tapi  normally gigi baby akan tumbuh antara 6-9bulan.Gigi baby ni akan tumbuh berpasangan. Sifat pertumbuhan gigi itu sendiri sudah sangat bervariasi di mana mungkin ada gigi yang tumbuh secara rapat dan ada juga yang jarang-jarang.

Kalau nak tau leboh info lagi apsal gigi, boleh baca SINI

Nad tak tau la gigi Fariza ni tumbuh macam mana..hehe..tunggu jela ye..sekarang dah dua gigi ada..jangan mimpi ngeri sudahla..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours