hai assalammualaikum

Gegarvaganza 3, Layan Habis - Untuk Gegarvaganza 3 ni, nad memang layan habis, siap rekod lagi. Tak macam Gegarvaganza sebelum ni, sekejap tengok sekejap tak tengok. Mungkin sebab untuk Gegarvaganza 3 ni, penyanyi semua yang dah lama tak muncul di televisyen, walaupun sesetangah penyanyi ada yang nampak berlakon beberapa cerita. Semua penyanyi memang mempunyai suara mantap. Dan pemilihan lagu yang diberi pula, memang lagu yang dah lama tak dengar.

Pemilihan Lagu di Gegarvaganza 


Bersoal tentang pemilihan lagu, Untuk semalam, lagu Ameng pula bertajuk Tiara. Ada part lirik lagu tu "Di penjara terkurung terhukum, Hanya bertemankan sepi", dan Ameng buat persembahan di dalam penjara. Korang tau kan yang Ameng pernah dipenjara. Mungkin bila masa dalam tirai besi tu, dia dapat rasakan dulu, dan sewaktu dia berjalan keluar daripada sangkar besi itu,  dia terlupa lirik, ketara sangat, sampai dia menggelengkan kepala. Walaupun Ameng terlupa lirik ulasan juri, Datuk Zainal Abidin yang memuji-muji persembahan Ameng kerana dia sentiasa menghayati lagu yang dinyanyikan.


Kalau sebelum ni, Elly Mazlein menerima lagu yang hampir sama macam kisah hidup dia. Tidak habis dengan kontroversi rumah tangga, kehadiran Elly Mazlein didalam Gegar Vaganza turut menjadi perhatian orang ramai. Malah tugasan lagu yang diberikan setiap minggu pula membuatkan ramai yang menganggap program itu seolah mengenakan penyanyi itu yang baru sahaja .

Pada minggu pertama program tersebut, Elly diminta menyanyikan lagu Berpisah Jua yang turut memberikan kesan kepadanya. Manakala pada minggu kedua pula, Elly diberikan pula lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan. Ketiga pula Perawan atau Janda. Sementara itu, masalah kesihatannya juga menjadi salah satu faktor dia tidak dapat membuat persembahan terbaik. Tapi Kak Lina Pom pom dah buat sebolehnya. Tapi dia, telah tarik diri atas sebab tertentu. Ala korang dah tau kan.


Ni la adat pertandingan, kena terima dengan tabah. Yang penting lupakan kisah lama, buat yang terbaik. Untuk minggu ke lima, Shidi telah tersingkir..tapi nad tengok dia ok je..huhuhu..takpela..ada rezeki mereka di luar sana. Good luck korang.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. nadia ada typo di atas hihihihihi... tu la kesian pulak lagu2 kebanyakkan terkesan di hati penyanyi kan

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum nad...mmg betul tu...semuanya mmg best2 sgt...kalau ameng terkeluar semlm mmg frust sgt sbb suara dia mmg power cuma ada kesilapan sikit semlm...:)

    ReplyDelete
  3. yui tak terigt lgsg psl ameng dlu. haah la.. byk lagu terkena pd penyanyi tu

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2