hai assalammualaikum

Fariza Cucu Askar - Haritu check up, nurse terus cakap, "kamu anak askar ke. muka masam je "..Nurse tu cakap lagi, " saya bapaknya askar, akk ni suaminya askar, yang  ni pun suaminya askar "..hahahah. Nad hanya mampu senyum. Sebab Fariza memang muka masam, melainkan ada benda yang melucukan dia. Kalau disuruh selfie pun, muka macam tak suka dengan muka sendiri. Tengok muka sendiri pun takda perasaan..hahaa.


Masa mengandung memang nad tak nafikan, nad memang muka masam. Takdelah masam selalu tapi kerap juga la..hahaa. Ni semua salah daddy dia..hahaa..Dan-dan salahkan daddy. Siapa lagi nak salahkan. Habis duduk rumah layan tv je sorang-sorang. Jadinya muka nad pun sama jela kan..hahaa. Melainkan tengok cerita lawak. Memang ketawa besar la. Tak sangka pulak jatuh ke anak..hahahha.


Tapi perangai bengis dia, ligat dia, semestinya ikut daddy dia..hahaha. Tapi sebenarnya Fariza ni merupakan cucu kepada seorang askar iaitu atuk dia, bapak mr mafia a.k.a daddy dia. Hah! ni la atuk Fariza. Macam mana boleh terlupa yang atuk dia askar..hahhaa. Agaknya menurun la tu dari atuk ke daddy dia sampai la ke Fariza. Masa nurse cakap pun, tak terfikir atuk Fariza askar..hahaha. Kalau tak boleh cakap " bapak dia bukan askar, tapi atuk dia askar.'..hah!! gitu.. Sebab tu mr mafia lahir dekat Kedah, membesar di Selangor. sebab berpindah randah disebabkan atuk Fariza askar. Sebb tu masa perlawanan Kedah dan Selangor, dia tak tau nak pilih mana..hahaha.

Masa cucuk tu, memang Fariza nangis. Yela, sakit kot. Tapi lepas tu nurse tu boleh cakap "haipp..baris sediaa.."..terus Fariza senyap..hahahaha..terus bebel..babababa..chachacha..ape ntah bahasa dia. Gitu kau..haishh. Sekarang daddy dia kalau nak marah memang tunjuk rotan, tapi dia apa takut. Takut macam tu jela. Lepas tu buat balik..menjerit pun macam askar nak berkawad..kalah mak nya..adoyaiii..

Perempuan tegas takpe, bila dah besar pandaila dia berdikari. Hidup dekat Kuala Lumpur ni mencabar..Jadi kena didik dengan cara tegas..kuikuikui..
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Muka masammm ke hehehe..takpe laa nanti dah besar manis laa tu..kecik2 buat muka masam takpe sayang..Nanti dah besar suka senyum2..

    ReplyDelete
  2. hihii.. tapi orang tua selalu cakap, emosi mak masa mengandung memang mempengaruhi anak..

    ReplyDelete
  3. Alaa kecik lagi.. tak boleh kata apa.. kene sebut yg manis yg mnjdi doa jer.. :D

    ReplyDelete
  4. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2