Reaksi Si cilik Bila Daddy balik kerja, Parenting, Pergi Kerja,

hai assalammualaikum

Video Reaksi Anak Bila Daddy Pergi Kerja Dan Balik Kerja - Pantang sangat Fariza ni kalau nampak daddy dia. Sekarang pergi mana-mana cari daddy dia. Nampak je muka daddy dia, gembira lain macam. Tak sama macam dia nampak muka mommy dia. Oh sadis!! Fariza pun tau, bilik kerja daddy dia dekat atas. Padahal tak selalu pergi bilik kerja daddy dia. Kalau lalu tangga, mesti dia ajak naik tangga, nak pergi bilik kerja daddy dia la tu. Lepas tu, bila kitaorang berdua panggil Fariza, nak tau siapa dia pergi, dia pergi dekat daddy dia ok..oh, jelesnya mommy..Tapi bila lapar, pandai pulak cari mommy dia..ngrrr..


Fariza lagi pantang bila nampak daddy dia bersiap kemas hensem dengan topi semu bagai. Dia tau, daddy dia nak keluar. Sejak usia dia 10 bulan, daddy dia dah ajak dia keluar jumpa kawan daddynya. Daddy nya cerita, Fariza baik je, duduk, main sendiri. Sejak tu, bila daddy dia nak keluar, di akan siap-siap kejar daddy dia nak ikut. Siap pegang kaki, suruh angkat nak ikut keluar...hahaa.

Video reaksi Anak Bila Nampak Daddy Pergi Kerja Dan Balik Kerja


Kalau daddynya pergi kerja, memang tak bawakla dia. Lepastu mula la menangis si kecik ni. Menjerit sekuat hati. Masa tu la nad memujuk macam-macam, last-last bagi susu gantung..hahaa..senyap..

Fariza dah peka dengan kereta daddy dia. Asal dengar je, dia terus stop main, terus lari ke pintu. Bila daddynya bagi salam, terus menjerit, " atatattataa"..bahasa dia..paham-paham jela. Bukan main seronok bila nampak daddy dia depan pintu. Terus lari..arghhhh!!..Amboii, bila mommy takda macam tu..huhhuhu..

Memang la kan, anak perempuan ni rapat dengan ayah..huhu..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. Hehehhe comel fariza...nadia memang anak-anak dan baby lebih rapat dengan si ayah...sama mcm abam Qi kalau saje2 nak peluk walid dia haaa dia marah kita balik...siap ckp tu walid kita lah....hahahhahahhahaha

    ReplyDelete
  2. Geng daddy ni eh Fariza hehehee :) :)

    ReplyDelete
  3. Dak Iqy kalau abah dia balik kerja, dia terus mengadu domba, dia cakap mama marah lah, buat2 nangis lah, mintak dukung lah..macam2 perangai...

    ReplyDelete
  4. Bertabahlah mommy..anak daddy ni...mommy jgn jeles ok

    ReplyDelete
  5. biasa nya memang girl2 rapat dgn bapak kan? kita punn teringat msa kecil2 dulu tunggu abah kerja shift malam balik pagi.bangun terus tengok tingkap dah ada motor ke tidak.. huhu.. siap dah boleh bezakan mana bunyi motor abah tu.. hehe

    ReplyDelete