RESEPI BEGEDIL SAYURAN UNTUK FARIZA

in , by Nadia Johari, 12:28:00
hai assalammualaikum

Begedil Sayuran Untuk Anak 1 tahun - Bila nad rasa nak makan begedil, nak buat begedil, terfikir pulak dekat anak. Tapi takkan nak bagi yang orang dewasa punya siap ada lada hitam tu. Setakat ni memang nad tak bagi lagi garam dan gula dekat makanan Fariza. Kalau nak maniskan makanan, nad selalu bubuh kurma. Jadinya terfikir untuk buat begedil untuk Fariza. Benda berkhasiat, jadinya buatla begedil sayuran untuk anak. Ingatkan nak campur ayam, tapi ayam dalam freeze, nak tunggu dia cair, lambat pulak, jadi lupakan. Tu boleh buat kemudian hari.


Nak buat begedil sayuran ni sama je macam buat begedil orang besar makan, bezanya sayur la lebih. Lagi satu sebab tak guna garam dan gula kenala bubuh something yang sweet..Ni la nad rupanya selepas siap. Hitam sikit, sebab budak ni dah boring main sendiri, dia cari mommy dia dekat dapur. Jadinya kena la dukung dia. Kalau tak menangis tak henti. Takpe, sambil-sambil tu tengok mommynya memasak, dah besar boleh belajar masak..ehhee. Walaupun nampak macam hitam, tapi nasib rasanya tak pahit. Berselera fariza makan. Dari 4 ketul, dia makan tiga setengah ketul..perghh..Ni tahap lapar sangat atau sedap sangat mommy masak..hahaa.

Ok ni bahan-bahannya.
- Kentang ( 1/2 sahaja. Sebab dia seorang makan. 1/2 pun dapat 4 ketul tu hah )
- Sayur brokoli
- Sayur Lobak
- Daun Sup
- Kurma
- Telur
- Minyak sedikit, jangan penuh

Cara penyediaan
- Stim kan kentang, sayur brokoli, dan lobak.
- Setelah masak, lenyekkan kesemua bahan dengan lesung. sayur tu kalau boleh jangan hancur sangat. Tumbuk sekali kurma yang telah dibuang biji.
- Ambil bahan yang telah dilenyek di dalam bekas dan bubuh daun sup. Selepas itu, gaul bagi sama rata.
- Bentukkan bahan-bahan itu berbentuk bulat.
- Ambil bekas lain untuk pecahkan telur dan kacau. Kegunaan telur, begedil yang siap dibentuk bulat, disalut dengan telur supaya melekat. susun elok-elok supaya mudah nak digoreng.
- Bubuh minyak dalam kuali sedikit. Dan masukkan begedil yang telah siap tadi.
- Dah pusing-pusing, angkatla siap..jangan bagi hangus ok..ehhee..

Baby suka, ibu gembira..baby kenyang ibu puas hati..hahaha..

-
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. kalau untuk jaga kesihatan buat begedil sayur bagus jugak. Bahan-bahan ada je kat rumah tapi mila tak terpikir nak buat. TQ nad bagi idea hehe..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2