hai assalammualaikum

Tips Menjaga Kesihatan Tubuh Badan Wanita - Penjagaan badan dan kesihatan bagi wanita adalah sesuatu yang penting. Walaupun ada sesetengah wanita yang sanggup menghabiskan duit untuk dan mengambil masa yang lama, ia sudah menjadi keperluan para kaum hawa dalam menjaga tubuhnya agar tetap sihat dan tampil menawan. Dalam menjaga kesihatan tubuh wanita biasanya memerlukan cara yang khusus kerana tubuh wanita biasanya lebih sensitif.

Kesihatan tubuh memang sangat penting untuk wanita apatah lagi pada saat wanita sedang mengalami kitaran bulanan mereka yakni haid. Wanita wajib menjaga tubuh agar tetap sihat dan bertenaga dalam menjalani aktiviti harian dengan lebih semangat, tidak kira semasa haid atau tidak. Ini antara langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh wanita untuk tetap menjaga kesihatan tubuhnya secara semula jadi dan praktikal.

Cara menjaga kesihatan tubuh wanita secara praktikal



Pertama yang harus dilakukan pastinya adalah dengan melakukan senaman setiap hari. Dengan melakukan senaman, maka badan kita akan menjadi lebih bertenaga dan peredaran darah dalam tubuh menjadi lebih lancar. Selain itu, manfaat lain daripada senaman adalah dapat menjaga berat badan agar tetap sesuai dengan yang diinginkan. Masih banyak lagi manfaat daripada bersenam bagi tubuh.Tak kira korang sibuk ke, tetap kena senaman.

Kemudian tips seterusnya adalah dengan mengambil makanan yang berserat setiap hari. Makanan berserat akan menjaga tubuh daripada bakteria yang mengancam kesihatan tubuh. Selain itu, khasiat makanan berserat lain adalah dapat melancarkan pencernaan.

Jangan lupa untuk mengambil vitamin sebagai keperlunan hidup. Vitamin memang sangat penting bagi tubuh kerana vitamin boleh membunuh bakteria, memuluskan kulit, menyihatkan mata, dan masih banyak lagi fungsi dari vitamin. Namun jika anda tidak mempunyai masa untuk mengambil makanan yang mengandungi pelbagai jenis vitamin, anda boleh membeli multivitamin dengan dos yang sesuai. Akan tetapi jika anda meminum multivitamin, sebaiknya berunding terlebih dahulu dengan doktor agar doktor boleh mencadangkan multivitamin apa yang sesuai untuk tubuh anda dan mana yang tidak sesuai untuk tubuh anda.

Perhatikan hidangan makan anda setiap harinya. Hidangan makanan ini sering kali menjadi masalah berat badan bagi kebanyakan wanita. Hidangan makanan yang kita makan juga mempengaruhi terhadap pertambahan berat badan. Hidangan makanan harian anda dapat disesuaikan dengan aktiviti yang anda lakukan pada hari itu sama ada memerlukan banyak kalori atau tidak. Semakin banyak aktiviti harian yang memerlukan kalori, maka anda perlu menambah hidangan makan atau dengan menyesuaikan jumlah kandungan kalori yang ada di makanan anda.

Jagalah kebersihan tubuh anda. Bakteria dan kuman selalu ada di mana sahaja untuk masuk kedalam tubuh. Selain itu pada saat wanita sedang dalam masa haid, maka harus benar-benar menjaga kebersihan tubuh agar tubuh tidak terserang penyakit

Rehat cukup juga menjadi faktor penting dalam menjaga kesihatan tubuh wanita. Aktiviti harian kita memaksa kita untuk penggunaan tenaga yang ada di tubuh. Untuk itu, ketika selesai melakukan aktiviti harian, tubuh memerlukan masa untuk rehat agar dapat fit kembali. Istirehatkanlah tubuh anda sekurang-kurangnya 6 jam dalam sehari untuk menjaga tubuh agar tetap sihat.

Mengambil air putih juga sangat penting bagi tubuh. Tubuh yang kekurangan cecair akan menimbulkan berbagai macam gangguan antaranya adalah kulit badan menjadi kering. Untuk itu, anda diiharuskan mengambil air putih sekurang-kurangnya 18 gelas dalam sehari. Ini akan membuat tubuh anda tetap dalam keadaan yang prima.

Terakhir, tersenyumlah setiap hari. Dengan tersenyum maka beban yang ada di tubuh dan fikiran akan sedikit berkurang. Selain itu, tersenyum juga dapat meningkatkan kekebalan tubuh kita sehingga kita tidak mudah diserang penyakit.

Semoga dapat membantu..
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. Kena jaga serba serbi, makan, minum tidur, kebersihan. Barulah wanita itu sihat dan menarik 😃

    ReplyDelete
  2. Betul...wanita dgn tips pemakanan memang satu keperluan utama sekarang...apa yg kita ambil semua absorb...tp tu lah nafsu tu kan hmmmmmm...akak amal tips senyum tu hari2 wpun orang bermuka masam dpn sis...sis tetap senyummm hahaha

    ReplyDelete
  3. Tips yang bagus nad... nak buat atu tak jer isunya sekarang ..hehehe

    ReplyDelete
  4. nice tips nadia..paling penting kena minum air putih secukupnya ka..=D

    ReplyDelete
  5. Thanks share kak nad.. Setuju dengan perkongsian kak nad

    ReplyDelete
  6. Memang niat nak bersenam setiap hari tapi malas tu lebih...anyway nice sharing nad...

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2