hai assalammualaikum

Rumah Bersepah Anak Bijak - Hah!!..sebelum ni selalu nampak quote ni dekat facebook. para ibu semua kongsi quote ni..hahaa..Maka para ibu mesti bangga rumah bersepah sebab anak bijak..hahaha. Tapi sememangnya anak kita dah bijak sejak dalam perut lagi. Sebab masa mengandung, kita dah buat yang terbaik untuk anak kita.

Budak-budak biasa, suka menyepahkan rumah bukan sebab apa, sebab diaorang tengah berfikir apa nak dibuatnya dengan benda tu. Diaorang tengah berimaginasi bahawa benda tu ada dengan mereka, bermain dengan mereka. Cuba korang ibu bapa main sekali dengan anak-anak, mesti korang pun boleh berimaginasi..hahaaa.


Tengokla rumah ni, apa yan difikirkan Fariza pun tak tau la. Habis berterabur kertas dalam box Lazada tu. Dia meneliti kertas tu satu-satu. lepas keluar sikit, dia keluarkan lagi danlagi. Jadinya berselerak la macam ni. Nad akan biarkan dia main sampai puas. Bila dia dah tak suka, dia biarkan la macam ni dan main permaianan lain.

Bab ni pun satu hal, kadang para ibu malas kemas sebab penat. Yela, para ibu ni banyak keja lain nak dibuatnya. Tapi takdelah dibiarkan sampai berlarutan. Lepas anak tidur, mesti para ibu akan kemas juga. Walaupun dia tau, esoknya akan bersepah lagi. Biarkan jela..kita yang beli mainan untuk diaorang bermain, jadi jangan merungut bila bersepah. Nak lagi bagus, ajar anak sama-sama kemas. Kita pun turut sama kemas. kan budak ikut cara perbuatan ibu bapa.

Bila bermain kena kemas. Dah jadi satu amalan mendidik dan bijak..kann..Tak kira la mainan besar atau kecik boleh mengundang bahaya. Maunya tersepak, tersadung, terpijak, jadi lain pulak nanti. Hah!!..Kalau nak selamat, buat satu ruang untuk anak bermain. Kat situ jelah nak bersepah. Takdelah pening kan..hehehe..


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

6 comments so far,Add yours

  1. Biasa la Nad..anak tgh membesar..masa ni macam2 benda dia nak buat dia nak tunjuk dia nak explore..salah satu cara pembelajaran gak tu..Bagus la Fariza semakin bijak..Kurang2 dia bagi tambahan kerja buat Mama dia tu..hehehe

    ReplyDelete
  2. Lagi aktif anak kita belajar dan bermain. Lagi banyak & cepat perkembangan mindanya kan nad 😃

    ⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔

    ReplyDelete
  3. yes benda nie memang dah biasa..setiap hari mesti anak akan sepahkan rumah.. sabar jer la..tu tandnya minda anak2 kita sedang berhubung..hehehe

    ReplyDelete
  4. didik dari awal untuk rajin mengemas mmg bagus.. disiplin je budak-budak besar nanti..:D

    ReplyDelete
  5. hehe. kdg tu comel tngok teletah budak2. diorang nak membesar..

    ReplyDelete
  6. x pa... anak2 masih kecil ibu yang penat, anak dah besar ibu ada pembantu dah... lagi2 anak umur 4-5 tahu suka sangat jd pembantu x diunang... tungguuuu saat itu...

    Dofollow blog cute ni... jom hadiahkan akaun emas utk baby tersayang..

    ReplyDelete