hai assalammualaikum

Bila Anak Buat Perkara Di Luar Jangkaan

Tak cukup, sebelum ni dia naik tangga seorang diri, dan semalam dia buat lagi perkara yang membuatkan jantung kita laju..Ada saje je budak ni nak buat bila dia seorang diri.


Fariza ni memang suka kutip makanan, benda, tapi Kejadian semalam, memang nad risau, sebab dia bukan makan benda biasa ni makan sambal tempoyak weiii..kau rasa!!! itu pun semalam nad cepat-cepat dapatkan dia, kalau tak, tak tau berapa banyak dia nak telan.

Fariza Makan Sambal Tempoyak

Ceritanya, malam tu nad nak cuci muka. Jadi tinggalkan la dia dengan anak buah dengan kakak. Waktu tu memang ada kakak dengan anaknya tengah buka peti ais. Jadi nad tak kisahla tinggalkan dia bila ada kakak. Waktu tu nad tengah gosok gigi, tiba-tiba dengar anak buah cakap.

" Ma..ma..Fariza makan.." nada biasa..lepas tu dengar lagi " maaaaa...maaaaa..Fariza makan ni!! "..nada macam betul-betul lain macam..tak tau masa tu kakak dekat mana. Boleh biarkan budak-budak ni dekat peti ais. Nad dalam bilik mandi terus kaluar.

Ni la sambal tempoyak yang Fariza makan

Waktu tu kakak dah dekat situ, dia cakap, "Fariza makan apa??"..Anaknya tunjuk " ni.."..hamik kau..nad nampak sambal tempoyak..tapi tak rupa tempoyak pun..sambal tempoyak tu mak bawak balik dari kenduri saudara. Masa tu kat tangan dia penuh sambal, tak tau banyak ke tak dia makan. Tengok muka Fariza relaks je, tak nangis , tak jelir lidah, tak meragam ke..tapi kita ni mestilah risau. Terus amik basuh tangan dia, sabun tangan.

Esoknya, tanya mak, sambal tu pedas ke tak. Mak kata pedas, ade cili padi, tapi entahla, macam tak pedas..erkkk!! . Waktu Fariza makan tanpa ada perasaan, tak tau nak gelak ke ape. Kalau tengok muka dia memang macam tak ada apa-apa. Lagi dia jilat jari dia adalah..adehh..anak..

Bahaya budak makan pedas-pedas ni, takut usus dia tak boleh terima. Tapi harap dia tak makan banyak. Lepas dia makan, terus nad bagi dia minuk air..fuhhh..Lepas tu bagi susu, terus tidur..

Adoiila Fariza. Mommy dah terlebih bagi makanan dekat awak, nak makan benda lain gak. Nak ikut perangai daddy suka makan pedas ye. Lepas ni jangan buat macam nI lagi ye..mommy boleh terkeluar jantung.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. Wah..fariza minat mkn smbl tempyakšŸ˜Š

    ReplyDelete
  2. sedap sngtlah tu smbl tempoyak tu ye nad... :)

    ReplyDelete
  3. Semua ditelannya..berjaga2 lah pasnie...hehehe

    ReplyDelete
  4. hehe si kecik molek ni macam karenah.cute
    jemput singgah blog sy :) http://www.yayacendana.com

    ReplyDelete