MAKAN MALAM DI CABIN MERU CAFE

in , by Nadia Johari, 11:30:00
hai assalammualaikum

Kedai Makan Cabin Meru Cafe

Kedai makan ni dekat dengan rumah family nad di Jalan Paip Meru ni. Nad pergi kedai ni, jalan kaki je dengan anak buah..hehehe. Sebenarnya kedai makan ni beberapa bulan beroperasi. Tapi, baru kelmarin nad dapat makan dekat kedai makan ni sebab sebelum-sebelum ni bila balik kampung nak makan sini, ada je halangan..huhuhu.

Kedai berkonsepkan Cabin Di Kawasan Kampung

Sebelum siap, memang nad perasan, ada cabin nak buat. Tapi sebelum ni, kakak cakap nak buat rumah tumpangan ke rumah sewa..entahla. Tapi akhirnya jadi kedai makan.


Nama kedai Cafe Cabin Meru.












Kedai ni berkonsepkan cabin. Ala sekarang kan sana sini guna cabin kan. Jadi ni la salah satu cabin kedai makan yang ada dekat kampung. Kedai makan ni ada bawah dan atas, tempat makan.

Menu di Cabin Cafe Meru

Sebelum ni nad tau, menu yang dekat sini ada western sahaja. Macam biasalah, chicken chop, lamb chop. Tapi malam tu nad pergi macam-macam menu ade. Bukan setakat western, nasi bergoreng, nasi lemak dan sizzling pun ada. Macam-macam jugakla..


Malam tu nad order chicken chop special. Apa specialnya???. Selain ayam, sayur dan kentang dia ada hotdog dan meatball. Sebelum ni nad pernah rasa chicken chop dia, sedap sangat sebab kuah dia, adik pernah bungkus, tapi malam tu nad pergi, kuah dia biasa je..ermm..tapi meatball dia sedap.

Kakak pun perasan kuah dia rasa lain..huhuhu..takpe boleh diperbaharui..


Anak buah pulak order nasi lemak. Untuk nasi lemak memang terbaik. Sedap dan sambalnya sedap.


Air ada macam-macam, tapi malam tu order air chocolate je.


Korang yang berdekatan nak cuba boleh pergi ke Jalan Kemboja Meru. Ini adalah peta lokasi Cabin Meru Cafe. Anda boeh search dalam Google Map atau masukkan coordinate dalam GPS anda.

Jika anda gagal untuk mengesan lokasi landmarks terdekat dan paling besar adalah Fairy Park Meru Klang 吧生中路仙境山莊.  Kami terletak sebelum pintu masuk ke Taman Peringatan ini.

Jika anda gagal juga. Sila jangan malu malu untuk menghubungi melalui telepon atau whatsapp ke 0122672327.

Tempat ni boleh booking juga untuk majlis acara seperti family day, annual dinner atau apa-apa sahaja.


SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Banyak dah sekarang kedai makan konsep cabin..dan paling best makanannya nampak sedap

    ReplyDelete
  2. Banyak dah sekarang kedai makan konsep cabin..dan paling best makanannya nampak sedap

    ReplyDelete
  3. dekat Ipoh pun ada 1 Cabin Cafe... hehehe...

    ReplyDelete
  4. Wah agak jauh dari rumah sy..kalau dekat memang nak try juga...

    ReplyDelete
  5. okay saya simpan kemas2 dalam kepala nama cafe ni n tempat dia. dah dekat dah ni,..ajak lepak member dekat sini..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2