Owlery Cafe, Owlery Cafe Ampang, Cafe Santai Di Ampang, Cafe Murah, Kedai Makan Murah Di Ampang

hai assalammualaikum

Owlery Cafe, Sambil Makan Sambil Santai

Haritu nad teringin sangat makan spageti. Dah lama sangat tak makan western ni. Kalau dah teringin, memang nak sangat, kadang boleh bawak sampai mimpi..hahaha..melampau sangat kan. Sebenarnya dah lama teringin nak makan dekat satu cafe ni. Tengok kawan-kawan post gambar makanan dekat cafe tu memang mengiurkan. Tak boleh jadi ni, memang kena pergi.

Alhamdulillah, haritu nad ada duit lebih sikit, terus nad ajak dia makan luar. Nad kalau dah teringin, memang tak berkira bab duit untuk makan. Asalkan kita dapat apa kita nak..hahaha.

Nak pergi cafe ni, mudah je, tekan waze taip Owlery Cafe, nanti sampaila ke.destinasi. Part ni paling lawak, sebenarnya tempat ni dah banyak kali kitaorang pergi, sebab hantar Fariza pergi klinik waktu dia demam. Tak tau pulak, seberang sahaja Owlery Cafe ni. Tu pun husband yang cakap, ni dekat IPD Ampang tu ke??. Nad jawab la, ahak..mr mafia pun cakap kenapa tak bagitau awal, ada jalan lain, patut macam kenal jalan ni. Paham-paham jela waze kalau bawak, nak elak sesak, macam mana..hahaha..


Padahal tempat dekat dengan rumah..Tanya nad, memang nad tak ingat jalan la..melainkan jalan serupa je jalan, nad ingatla..haha..maafin isteri mu wahai suamiku. Dah sampai ke Owlery Cafe. Perut pun dah lapar sangat waktu tu. Jom tengok menu nad order.


Ni cara nak order. Ade kertas dan menu. Menu dia macan kelendar daa...hahaha..bagus, lain dari yang lain.


Ni la yang nad order..Dah nad cakap, nad tak berkira bila.dah teringin..hahaha..Pinggn dia besar oii..Memang puas hati makan. Kenyang sampai ke malam..hahaha.



Untuk air nad order Banana Milkshake untuk mr mafia dan Oreo Chocolate Milkshake untuk nad. Sekali slurpp, pergh terbaik air dia.


Kalau manis sangat, jangan risau, ada air kosong. Ingat botol apela ni..hahaha.


Ngidam spageti carbonara, tapi macam takde je, sekali nampak King Prawn Pesto. Pergh udang dia besar oii..Nad hantu seafood ok..memang terbaik makanan ni. Sedap sangat. Memang rasa dia, huishh takleh cakapla, sedap giler..Yang penting ade spageti..haha..


Grilled Lamb Company. Nama dasyat betul..hahaha. Ni untuk mr mafia. Dia memang suka kambing. Grilled Lamb dekat sini tak liat dan lembut je. Makan pun puas. Tak sia-sia makan dekat sini. Kuah dia pun pekat dan sedap. Mr mafia pun suka. Dia kata not bad..hahaha..


Bila dah datang sini, nampak semua makanan sedap. Nad order lagi iaitu Chicken Burritos. Perut ni waktu tu nak makan je. Tak puas dengan spageti makan ayam yang disalut dengan roti ape ntah..hahah. ada sos dia. Sedap weii..lembut je bila masuk mulut.


Lepas makan, semestinya nak cuci mulut gitu..hahah. Dah lama teringin makan brownies. Kat sini ada acam-macam jenis dessert, tapi nad order Brownies with aiskrim. Pertama kali makan brownies, rupanya manis sangat. Okla ada aiskrim, boleh cover manis tu. Mr mafia takleh telan, takpe nad yang habiskan..hahaha.

Kesemuanya nad bagi 10 bintang untuk Owlery Cafe ni. Dekat sini Makan Asian jugak disediakan seperti nasi goreng dan noodle. Kalau korang nak tahu antara keunikkan menu disini lagi adalah diorang ketengahkan hidangan ikan rebut goreng digandingkan pula dengan nasi goreng, telur mata dan keropok. Memang cukup lengkap hidangan yang mengenyangkan untuk semua peringkat umur.

Suasana di Owlery Cafe

Tempatnya sangat selesa dan bersih. Dekorasi kedai pun sangat menarik dan santai. Semuanya ada corak dan patung burung hantu. Memang tema kedai sama dengan nama kedai. Depan kedai je dah di sambut dengan burung hantu.



Suasana luar kedai.




Suasana dalam kedai. Dekat sini ade tempat duduk dekat bahagian tepi. Kau tengok anak nad bila dah kenyang..macam tu kau..baring terus..haaha

Tempat mainan kanak-kanak


Istimewanya cafe ni, ade tempat zone untuk kanak-kanak bermain. Masuk sini je terus masukkan Fariza dalam ni. Leka betul dia main kau. Mommy dan daddy senang hati nak makan..hahaha. Bila dia lapar, dia akan keluar, bila dah makan, dia masuk.balik..hahaha.

Korang cubalah makan dekat sini. Sedap weiii..Menunya semua sedap. Kalau korang nak datang boleh ke:

Owlery Cafe Dine & Grind ini.
Alamat : No G-6, Jalan Dagang B/3A, Taman Dagang, 55100 Kuala Lumpur,
Telefon : 03-42879639
Waktu Operasi : 12.00pm – 12.00am setiap hari (Tutup pada hari Isnin)

Facebook: https://www.facebook.com/owlerycafe
Instagram : @owlerycafe
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. wow, banyaknya makan.... all the food look delicious.... and tempat main anak2 tu brilliant idea, boleh parents makan dengan senang...

    ReplyDelete
  2. Adoii.. terliur tgk speghati dia..

    ReplyDelete
  3. aduiii da bliur ni.. rata2 blogger post makanan!! hihihihi.. cabonara tu tak tahan

    ReplyDelete
  4. Bestnyaaa.. ritu nak singgah tapi takut tak memuaskan hati.. nnati boleh la ke sini ber foodhunting

    ReplyDelete
  5. wah rasa bbaloi byr ni kalo hidangn mcm ni =D
    Ju pun xslalu g mkn western food ni, sbulan skali kot atau pun msa teringin nak mkn tu pun as a selfreward ngn hbby haha. tp btl, bab mkn jan bkira sgt, hby pun slalu pesan mcm tu

    ReplyDelete
  6. memang sedap gila portion besar. sesuai dengan harganya hehe...tapi masalah parkinglah crowded.

    ReplyDelete