hai assalammualaikum

Kalau tengok memang Fariza, dia memang bulat, nad sendiri geram sangat. Lag-lagi tang pipi dia, suka gomol, cium sampai puas..haaha, Kalau tengok badan dia pun, nampak semangat. Tapi orang lain cakap dia makin kecik..hahaa. Biasalah nak membesar, makin kecik comel la. Aktif sangat dia ni. Tapi nad nak maintainkan pipi di atu..hahaa.

Haish la Budak ni..

Kalau macam nad, mungkin nad kecik, dukung dia pun dah tak larat. Nad hari-hari dengan Fariza, kerap dukung jugakla. Sampai nad rasa berat dia dah sampai target yang nak dicapaila..hahaa. Rupanya tak sampai juga..haishh..la anak..ke mana pergi berat kau ye..hehee. Nad tak risau pun, sebab dia makan ok, sihat je. Lepas makan mesti berak. Gembira bila tengok anak sihat macam tu.

Haritula pergi klinik, checkup Fariza macam biasa. Excited pergi klinik nak tau berat dia je..hahaa. Bila dah timbang je, apa yang diharapkan tak tercapai..Nasib baik masih di atas line kuning. Sikit je..Berat dia sebelum ni 7.2, naik 7.9 je. Tinggi memnag dah tinggi dah..naik banyak pulak tu..hahaha. Sebab tu sekarang semua benda atas meja, yang diletak dekat tepi-tepi tu dia boleh capai..

Panjat sana sini

Takpe, nad tak pernah risau pun, sebab dah bagi dia makan yang cukup. Pagi sarapan, petang bedal roti atau biskut, malam makan. Lepas ni tambah la makanan lagi..ahahaha. Tapi nad rasa, tangan nad memang dah lenguh dukung dia. Sekarang pergi mana-mana, biar dia jalan sendiri. Yang penting biar pipi tu maintain..hahaa. Bila umur dah banyak sikit nanti boleh la makan macam-macam. Naikla badan dia nanti.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. Kalau ikut skala doktor, anak saya semua tak capai sasaran... tak tahu nak bagi makan apa lagi... huhu... bagi saya nampak bulat je..

    ReplyDelete