hai assalammualaikum

Bila Mood Fariza Baik

Terima kasih yang mendoakan kesihatan Fariza. Demam kali ni, demam paling teruk juga dia alami. Sampai kena masuk ubat bontot dan masuk gas. Ni semua ujian. Alhamdulillah, doa korang semua buat kesihatan Fariza makin pulih. Bila sihat, mood dia pun baik, bila mood baik, dia mula senyum dan nak keluar jalan sendiri.



Nenek ajak jalan pergi pasaray NSK. Cari barang dapur untuk masak. Nad memang get ready bila atuk, nenek nak keluar..hehhe. Sebab selalu Fariza diajak daddy dia keluar jalan. Tapi kat kampung takde siapa nak ajak keluar..keluar dekat rumah je pun Fariza dah bosan. Bila nenek ajak pergi pasaraya, tu pun dah gembira..hahaha.

A post shared by Nadia Johari (@nadiasamjohari) on


Nampak muka gembira dia. Nampak dia senyum. Kalau tak nangis je. Biasalah budak tengah demam, tak sihat badan. Bila nampak muka senyum, mommy pun gembira. Kerisauan di hati tu pun kurang. Senyum pun dah terubat hati ni. Suara masih serak lagi. Tak bercakap sebab susah nak cakap. Jadi senyum jela.

Mood dia baik, dia akan jalan sendiri. Merayau sendiri. Nad biarkan je dia..Bila nampak nangka berhenti sekejap..hahhaa. Pelik nampak nangka besar tu.

Habis beli barang dapur, jalan-jalan kedai yang ada dekat situ. Nad pun dah lama tak jalan sini. Tengokla apa patut. Nampak pulak baju dan seluar..haishh..hahaha. Nak bagi Fariza jalan je sebenarnya.

Dah puas baru balik. Terima kasih korang yang mendoakan kesihatan Fariza.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. Yeah, budak cute dah senyum semula...cheers Fariza.

    ReplyDelete
  2. lawati dan follow saya http://www.kmieyabdulrahman.net terima kasih...

    ReplyDelete