hai assalammualaikum

Selalu nampak orang post milo cube dengan biskut gery ni, dekat facebook dengan instagram. Nak tau jugak rasa dia macam mana. Sedap ke?? Benda viral dan baru ni orang mesti nak cuba..termasukla nad sendiri. Haritu pulak, kawan blogger si Syahirah Sabri ade post dia jual milo cube dengan biskut gery. Tanpa berlengah, nad pun order dengan dia, dah alang-alang dia ada dua benda makanan viral ni kan..Harga milo cube tu boleh tahan, biskut gery yang murah..


Milo Energy Cube

Selalu kita kunyah milo serbuk tu kan, hah yang ni milo serbuk yang telah dimampatkan dan dikeraskan. Nad pun dah lama tak kunyah milo serbuk, sebab tekak tak boleh nak terima manis sangat. Tapi entah kenapa nak cuba rasa milo cube ni..hahaha. Tengok gamabr macam besar, rupanya kecik je oii..hahahaa. Terkejut masa dapat..kahkahkah..harga boleh tahan..macam tak padan betul bentuk dengan harga..takpela..dah dapat rsa ni cukupla..lepas ni takde beli lagi..hahaa..



Tengokla saiz dia, kecik je. Saiz 5 sen punya duit..kihkih..Kalau korang yang suka kunyah manis-manis ni, memang cepat habisla bila makannya. Macam nad, memang makan dua tiga ketul je sehari. Jadi lambatla habisnya..


Bagi nad, milo cube ni, sedapnya sebab dia dah keras dan mampat. Jadi senang nak makan. Dalam fikiran nad, ni kalau buat air memang guna banyak cube ni..haahaa.

Antara milo serbuk dengan milo cube, milo serbuk sedap sikit. Pulak tu milo serbuk murah..hahahaa..


Biskut Gery

Yang ni pulak biskut Gery. Biskut Gery ni ada tiga perisa ok, nad ingat ada dua je perisa dia. Geri cheese, Gery coklat dan Geri Kelapa. Yang kelapa tu kawan nad yang bagitau..Memang jarang orang post biskut Gery Kelapa kan. Antara ketiga-tiga perisa ni, nad beli yang Gery Coklat. Sebab tekak boleh terima coklat je, lain tak boleh. Cheese pun tengok keadaan, kalau kek memng boleh lagi terima cheese..


Biskut ni murah, tapi dalamnya tak banyak. Korang boleh tengok dekat gamabr, berapa je ada. Memang sedap. Yang ni nad beli dua bungkus je. Sebab dah beli milo cube, nak beli banyak bungkus kena banyak duit kan..hahaa. Tak cukup duit beli sikit jela..

Biskut Gery ni bergula, dan disalut coklat. sedap, memang sedap..Lepas ni beli biskut gery lebih sikit..ahahaa..

Ini pendapat ikut tekak nad, korang punya tekak mesti lain kan..ehhee..Tak kisah, yang penting kita dah merasa kann..

Lepas ni ape pulak viral..huhuhu..
SHARE 13 comments

Add your comment

  1. IQ pernah try milo cube tu jer, adik IQ bagi satu paket, tak termakan IQ dibuatnya, tapi tak best bila milo cube tu masuk angin, jadi keras sangat2...

    nak try biskut gery tu, tapi nantilah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nad masuk peti ais kalau taknak makan..hehe

      Delete
  2. Milo cube & biskut gery yang tengah viral ni ..tak sempat CCL nak merasa lagi .. milo cube tue keciknyaa tapi hrga boleh tahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe..ingat besar..hahaha..rupanya kecik

      Delete
  3. tulah..ingat beso sangat ler milo tu..baik ratah yang biasa tu..puas hati...akak suka biskut gery perasa cheese

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum nad...yer la ingatkan beso milo kiub tu rupa2nya besar duit syiling 5 sen jer...mmg rasa x puas mkn jer...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  5. dah try biskut gery cheese..ok-ok lah rasa dia...sedap jugak..

    ReplyDelete
  6. ari tu tengok kt GM, aah kecik jer..igtkn besar kan hahahah..akk tak cuba lg..tgk la nnt klu anak2 nak, blh la beli speket

    ReplyDelete
  7. Alahaiii milo cube tu...hahha...tu la dgr cite harga mahai....hehe biskut gary sy pnah try yg cheese sdap gak...tu pon mmbe dr srwak yg bwkkan.hihi

    ReplyDelete
  8. lisa dah beli milo cub ... rm45 jek :P

    ReplyDelete
  9. Dua dua tak pernah rasa T_T Sedih plak tak ikut perkembangan semasa ni hahah.

    ReplyDelete
  10. Tak try lagi milo cube tu sebab mahal sangat pulak tengok orang jual. Heheh. Biskut Gery tu memang sedap cuma tak banyak dalam satu paket :")

    ReplyDelete
  11. dah cuba milo cube ni untung ada kakak kakak ofis yang rajin shopping dapat rasa hehehe

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2