hai assalammualaikum

Mana-mana event mesti bawak si kecik ni. Tak boleh ditinggalkan. Kalau ada daddy dia senang sikit, boleh tolong jagakan. Tapi kadang-kadang si kecik ni tetap cari mommy dia sebab nak susu..hehehhe..

Masa photoshoot haritu, dah memang masa dia untuk menyusu. Bagi air kosong pun tak jalan. Biasalah susu dengan air kosong kan rasanya lain..hehe. Mestila nak lekat dekat badan mommynya..nak manja-manja gitu. Mula nampak memang menangis la. Tapi nad masa tu tak boleh nak susukan dia lagi. Sebab nak photoshoot, taknakla baju kedut ke ape..hahaha..kejam tak mommy.


Tapi, nad tau, Fariza ni boleh lagi tahan bila tak nampak mommy dia. Jadinya, nad larikan diri dari pandangan dia. Daddynya jaga. Daddynya bagila kayu, atau ape je yang ade dekat situ. Kawasan pun luas. Memang dia leka main. Apa yang penting jangan nampak mommy dia..hahaha..



Pandai dia bawa diri...heehe..

Bila dah selesai photoshoot, nad terus cari mr mafia dengan Fariza. Diaorang tengah makan. Mr mafia bagi Fariza tembikai. Banyak dia makan. Mungkin memang dah haus sangat, yela tak dapat susu. Kesian pun ade. Alahai anak mommy. Masa nad tgh makan dia masih makan tembikai.

Lepas tu datang nak duduk dengan nad, tak sangka teus dia tertidur. Ala anak mommy. Maafkan mommy. Mommy kerja. Terima kasih tunggu mommy selesai kerja.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours

  1. Fariza budak baik..tak nak kacau mommy buat kerja

    ReplyDelete