hai assalammualaikum

Alhamdulillah, masuk puasa hari kedua. Semoga kita dapat sempurnakan puasa selama 30 hari dengan sempurna. Semalam puasa pertama, rasa lemau je..malas nak buka laptop. Ni ha puasa kedua, rasa kerajinan tu datang..hahaha. Nak kongsi berkenaan resepi jela erk. Puasa, puasa ni memnag susah nak fikir masak apa kan, walaupun selalu dah masak je, tu pun masih fikir..yela konon nak kelainan..haaha..Padahal, resepi ni dah selalu korang buat..hahaa..sukati la nak kongsi juga..hehee. Nad buat yang simple dan mudah je..

SAYUR CAMPUR DENGAN UDANG MASAK LEMAK KUNING

Lauk ni boleh buat untuk sahur atau berbuka puasa. Hah ni la lauk yang nad buat, sayur kacang panjang bersama lobak dan udang masak lemak. Main campak-campak je, dah jadi..haaha.

Bahan-bahan:
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili merah
- Santan
- Kacang panjang
- Udang
- Lobak
- Garam
- Serbuk perasa
- Kunyit

Cara membuatnya
- Potong bawang merah, bawang putih cili merah,kacang panjang, dan lobak. Kupas kulit udang. Selesai potong semua bahan dibersihkan sebersihnya.
- Masukkan santan dicampur dengan air ke dalam kuali dan biarkan sehingga mendidih
- setelah mendidih, masukkan bawang merah, bawang putih dan cili merah sehingga naik bau. Ada orang suka tumis dulu, tapi nad masukkan santan dulu baru masuk bahan.
- Setelah naik bau, masukkan kacang panjang, lobak dan udang. Masukkan kunyit bagi nampak kuning. Biarkan seketika.
- Dalam 15 minit, masukkan garam dan serbuk perasa, gaul sekejap, dalam 1 minit tu dah boleh hidang, taau tak sampai 1 minit. Sebab taknak sayur lembik sangat..hehe..Siap..

Malangnya mr mafia tak suka sayur campur ni..Jadinya nad dengan Fariza jela makan..hahaa.Dia tak suka sayur dicampur-campur ni..memnag susah layan orang cerewet ni. Terpaksa la buat sayur satu-satu. Tapi nad tau korang suka punya..apa lagi selamat mencuba..

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours