hai assalammualaikum

Selalu tengok orang bershell out. Geram je rasa tengoknya. Nad ni dahla penggemar seafood. Shell out ni konsep hidangan makanan laut yang dilambakkan di atas meja yang beralas kertas parchment ini pernah menjadi trending. Dengan hanya membayangkan lambakkan ketam, sotong, udang penuh di meja bersama sambal khas sudah mampu membuatkan kita telan air liur. 

Dan semalam, nad dapat juga bershell out dengan rakan UUM di Selayang..orang lain dah merasa, kita baru nak rasa..takpela, janji dah dapat makan kann.


Shell Out timee

Shell Out Sedap Di Selayang

Nad tak tau la siapa yang cadangkan tempat ni, sebab balik dari Pesta Buku je, kitaorang semua tumpang kereta Bitah, dan pergi ke lokasi makanan ni. Nad pulak memang dah tahap lapar sangat. Bila ntah diaorang rancang nak pergi tempat makanan ni..hahaa. Nad pun tak tau diaorang nak makan shell out waktu tu. Kira nad berterima kasih la dekat diaorang sebab nak makan shell out ni. Katanya tempat ni viral. Ok nad ketinggalan..hahaha..Jauh kitaorang pergi, ke Selayang gitu.

The Rack Boutique Cafe

The Rack Boutique Cafe Selayang

Hah!!, ni la kedai dia, The Rack Boutique Cafe. Konsep kedai warna hitam dengan berkerusi kayu. Sampai je terus cari tempat, penuh oii, ramai giler orang. Nasib ada tempat. Walaupun ramai orang, tapi tak da la sempit tempatnya. Memang luas juga la, nak makan pun selesa. 

Nad masuk sini, terus tengok orang lain makan ape..hahaa..sebab makanan diaorang order banyak betul dalam talam gitu. Pekerja situ pun cepat ambil order. Asal ada orang masuk, zasss, terus laju ambik order..hahaha..baguss..

Fikir menu ape nak order

Kitaorang pun teruslah order apa yang kita nak. Dekat situ rupanya bukan ada shell out sahaja, malah ada makanan dalam talam tu. Pergh bagus betul..Tapi kitaorang order Shell out untuk 4 pax dengan roti john cheese beserta air. Mula ingat nak order makanan dalam talam tu, tapi nantila, kang tak habis juga. Membazir itukan amalan syaitonnn..hihihhi..

Air tu...

Hah macam biasa, air memang kena sampai dulu. Dah haus weii..Ni la kitaorang order. Dua cawan kecik, dengan tiga big cup. Dua cawan kecik tu Ice Lemon Tea. Big cup pulak air Ribena Soda, Coklat dan Myntea..eh nad pun lupa..hahhaha..Nad punya Ribena Soda. Sedap..Hilang dahaga di tekak ni ha. dekat sini pun ada air hipster..

Roti John Cheese

Tu dia..cheese leleh

Lepas tu datang pulak Roti John Cheese..terbaikla. Rasa semua sedap. Dengan cheese dia tu. Padat dan besar.


Tak sabar nak makan

Hah!!, sampai shell out kita ni ha. Tuang-tuang kasi tuang...Ada kepah, lala, ketam, udang, jagung.

Kuah ketam sedap 

kuah lain-lain rasa

Apa lagi seranglaa..kuah dia ada dua jenis tau. yang disiram dekat ketam tu sedap, sebab pedas kuahnya. Memang nak menambah je rasa makan ni sebab kuah dia sedap. Suka la memang sedap betul.

Licin..habiss

Nah licin kitaorang makan..memang sedappp..sampai jilat jari kau. Terbaikk!!!..

Memang kenyang, tak jadi nak order makanan dalam talam tu..hahaa. Masa nak bayar, tengok harga kenapa ada yang tak dikira. Ada dua big cup air dengan satu nasi tak dikira. Rupanya free tau air dengan nasi tu..perghh bagus giler..memang murah dan jimat. Shell Out untuk 4 orang makan macam tu pun dah kenyang. Lagi free dua big cup air dengan satu nasi..

Apa lagi cubala makan dekat sini..

The Rack Boutique Cafe
No 1 jalan os 1/4 one selayang
Kuala Lumpur, Malaysia
Get Directions

Call: 011-3784 5657
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Sedap betul tengok shell out tu.. nanti nak try jugak la.. Tapi kat kuantan jerk la.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Ya ALLAH Nad...serius nampak sedap sangat wehhh!!! terliur betul tengok. Lagi2 kat video tuh.

    ReplyDelete
  3. Menarik! Puas hati makan ramai2 kan

    ReplyDelete
  4. adik IQ pernah datang sini makan western yang super duper sedap, ingat ahad lepas nak ajak dia makan sini tapi tak kesampaian, maybe next time...huhu

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2