hai assalammualaikum

Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, . Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada golongan-golongan tertentu (asnaf) setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak. Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang LIMA.


Pusat Punggutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP) merupakan sebuah agensi yang berperanan sebagai amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mengutip semua jenis zakat harta, di Wilayah Persekutuan. PPZ-MAIWP telah diberikan tanggungjawab oleh pihak MAIWP bagi mengutip semua jenis zakat di Wilayah Persekutuan iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ( tiada institusi lain yang dilantik untuk mengutip zakat harta selain PPZ-MAIWP di wilayah persekutuan ) . PPZ bukan uruskan untuk semua negeri, lain negeri lain nama pusat pungutan zakat dia ye. Sila ambil tahu tau!!.

Setiap zakat yang telah dikutip akan diserahkan kepada Baitulmal-MAIWP. Baitulmal-MAIWP akan mengagihkan setiap zakat kepada golongan asnaf yang berhak menerimanya. Boleh nampak kan dia punya prosedur supaya setiap asnaf yang berhak dapat menerima zakat secara adil dan saksama.

Isu Membayar Zakat Kepada Amil Yang Tidak Bertauliah

Dalam dunia ni, zakat pun ada juga orang nak ambil kesempatan. Ada antara individu yang sanggup menipu bahawa dia la pengutip zakat. Umat Islam selaku pembayar zakat dinasihatkan agar berhati-hati supaya tidak mempercayai individu tertentu yang mungkin menyamar sebagai pengutip zakat bagi pihak institusi zakat atau organisasi. Sebelum membuat pembayaran zakat, eloklah selidik dulu, amil yang telah didaftarkan oleh PPZ-MAIWP.

Masyarakat harus mengambil berat mengenai isu ini bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan. Contohnya, PPZ-MAIWP selaku badan yang bertanggungjawab ke atas kutipan di Wilayah Persekutuan turut menegaskan pihaknya kini telah menghantar notis makluman larangan mengutip zakat tanpa tauliah di semua lokasi termasuk di sektor swasta dan kerajaan  di sekitar Wilayah persekutuan bagi membendung gejala ini di kalangan masyarakat. Pemantauan berterusan dilakukan bagi memastikan tiada umat Islam di negeri ini ditipu oleh individu yang cuba mengambil kesempatan mendakwa sebagai amil tanpa menunjukkan surat tauliah.












Pengurusan zakat adalah dibawah bidangkuasa Majlis Agama Islam negeri-negeri. Contohnya di Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Majlis Agama Islam Negeri berkuasa penuh untuk melantik amil-amil zakat fitrah dan amil zakat harta di negeri-negeri mereka. Bagi memudahkan umat Islam membayar zakat fitrah, MAIWP melantik amil yang akan bertanggungjawab melaksanakan urusan tersebut.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) adalah sebuah pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4 (1) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) yang diberi kuasa untuk mengutip dan mengumpulkan zakat dari orang-orang Islam atau kumpulan orang-orang Islam atau syarikat-syarikat Islam YANG WAJIB MEMBAYAR ZAKAT KEPADA 8 ASNAF YANG WAJIB DI Wilayah Persekutuan.

MAIWP dengan persetujuan Yang Di Pertuan Agong, memberi kuasa dan melantik Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) sebagai amil untuk mengutip zakat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kaedah 10 Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-undang Islam (Fitrah dan Zakat) 1952 sebagaimana diubahsuai oleh Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1974.

Manakala bagi agihan zakat diuruskan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Bahagian Baitulmal

Akta Kesalahan Jenayah Syariah  (WILAYAH -WILAYAH PERSEKUTUAN)1997 (AKTA 559).

Perbuatan individu yang cuba mengambil kesempatan mendakwa sebagai amil tanpa menunjukkan surat tauliah bukan sahaja salah kepada penerima tetapi juga kepada pembayar kerana membayar zakat pada bukan yang hak

Sesiapa yang TIDAK dilantik oleh pihak MAIWP tidak boleh mengutip zakat di Wilayah Persekutuan dan jika melakukannya adalah SALAH di bawah SEKSYEN 33 AKTA 559 yang mana, ‘Mana-mana orang yang memungut zakat atau fitrah tanpa dia dilantik sebagai amil atau diberikankuasa oleh Majlis adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.’

Manakala pembayar yang membayar zakat mereka kepada individu yang tidak dilantik MAIWP boleh didakwa dibawah SEKSYEN 34 AKTA 559 yang menyebut , ‘Mana-mana orang yang membayar zakat atau fitrah kepada  mana-mana orang yang tidak diberikan kuasa secara sah untuk memungut zakat atau fitrah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.’

Orang Islam diseru supaya membayar zakat kepada agensi pungutan zakat bertauliah yang dilantik kerajaan bagi memastikan agihan bantuan zakat disalurkan secara adil kepada golongan yang layak. Sebab itu kita menggalakkan umat Islam membayar zakat masing-masing sama ada zakat perniagaan, zakat pendapatan, zakat simpanan, kepada agensi yang bertauliah seperti Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) kerana agensi ini mempunyai sistem yang lebih lengkap termasuk maklumat dan data mengenai golongan berkaitan.


Bersesuaian dengan MOTO PPZ-MAIWP, “Memudahkan Anda Berzakat”, PPZ-MAIWP sentiasa memastikan segala urusan berkaitan zakat di permudahkan. Sama ada untuk mendapatkan maklumat zakat dan seterusnya membuat pembayaran zakat, semuanya dipermudahkan.

Setiap lapisan masyarakat akan mendapat maklumat berkaitan zakat melalui aktiviti-aktiviti turun padang yang mempunyai sasaran yang berbeza. Kini, kepelbagaian dakwah secara kreatif dilaksanakan bagi sasaran yang menyeluruh meliputi, ceramah; forum di
a.    Pelajar sekolah / Universiti
b.    Para pekerja (kerajaan / swasta)
c.    Syarikat-syarikat
d.    Peniaga – Pasar malam, pasar tani, downtown, uptown


Tidak terkecuali menerusi teknologi ICT yang kini menjadi pilihan utama masyarakat dalam urusan harian. Dakwah di alam maya turut dibuat bagi menyasarkan generasi-generasi muda / generasi gadget / generasi Y (GEN Y). Sekarang kan dah zaman moden, mestila media sosial menjadi pilihan anak muda. Antara media sosial yang digunakan ialah :
a.    Facebook
b.    Portal
c.    Twitter
d.    Blog

Setiap kempen / promosi yang di jalankan oleh PPZ-MAIWP mempunyai sasaran kumpulan tertentu dan dilakukan di beberapa tempat. Jika anda ingin mengetahui tentang zakat, anda boleh datang ke 11 kaunter zakat PPZ-MAIWP iaitu di boleh ke Wisma PPZ, Dataran Shamelin, Plaza RAH, Masjid Negara, Wangsa Maju, Wangsa Delima 6, Presint 9, Putrajaya, Presint Diplomatik, Putrajaya, Masjid At Taqwa, TTDI, Masjid Abd Rahman Bin AUF, Puchong, Masjid Imam Al Ghazali, Kepong, UTC Pudu Sentral dan Labuan Times Square, Labuan.

Harapan PPZ-MAIWP agar semua yang berkenaan dapat menunaikan amanah dan tanggungjawab mereka dengan baik dan jujur. Sebagai badan yang diberi amanah oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), PPZ-MAIWP mengharapkan dengan segala kemudahan yang telah mereka sediakan akan memberi lebih banyak ruang kepada masyarakat untuk mereka membuat pilihan untuk melunaskan tanggungjawab mereka kepada Allah s.w.t.  Selain itu, dengan zakat yang dikutip inilah menampung kehidupan seharian  kepada asnaf-asnaf yang  bergantung harap kepada Baitulmal. Tunai zakat anda di institusi yang dilantik agar duit zakat tersebut dapat memberi manfaat yang maksimum kepada asnaf dan disalurkan kepada mereka yang layak dengan adil dan saksama.



Ada contest untuk mereka yang ingin membayar zakat dengan potongan gaji..wah..menarik kan!!..Ye, sekarang boleh bayar zakat menerusi potongan gaji., jadi kalau korang nak tau lebih lanjut berkenaan zakat atau apa sahaja boleh layari
Portal PPZ-MAIWP: www.zakat.com.my
Facebook: Facebook.com/myzakat

Talian zakat: 1 300 88 5757








SHARE 1 comment

Add your comment

  1. I have a question for you! Is the contest still on-going? I'd like to join and participate. please advise.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2